***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PSS SMK DANGI, 73100 JOHOL - TERIMA KASIH***

Monday, November 9, 2009

Tahniah hoben jang hoben!!!!



SEREMBAN - Setelah berjaya menamatkan kemarau penantian selama 61 tahun untuk merangkul Piala Malaysia kelmarin, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kini sedang memikirkan kaedah terbaik bagi mengadakan satu sambutan yang bersesuaian bagi menyambut kepulangan piala berkenaan di bumi Adat Perpatih ini.
Kejayaan berkenaan cukup manis buat skuad Hoben Jang Hoben itu apatah lagi hadiah itu cukup bermakna buat peminat yang selama ini memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan.
Dalam pada itu, Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hasan turut melahirkan rasa gembira dan berpuas hati apabila skuad kendaliannya akhirnya berjaya merealisasikan harapan rakyat Negeri Sembilan dengan membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini.
Katanya, pemain-pemain negeri malam kelmarin bermain dengan baik dan berjaya memberi fokus bermain dalam satu pasukan biarpun ada beberapa pemain yang pertama kali bermain ke peringkat final.
Jelasnya, faktor gol awal merupakan kunci buat pasukan negeri untuk meneruskan rentak perlawanan dengan bersemangat.
"Dalam perlawanan akhir, semua jurulatih mahukan gol awal sebab ia penentu perlawanan. Gol itu menyuntik semangat serta keyakinan pemain dan sekali gus melunturkan moral dan memberi tekanan kepada pemain lawan," katanya.
Biarpun acapkali penyokong lawan melakukan provokasi terhadap skuad Hoben Jang Hoben itu, Wan Jamak memuji sikap pemain dan penyokong yang menunjukkan tahap disiplin yang baik sehingga tamat perlawanan.
Dalam pada itu, Mohamad turut mengesahkan pihaknya tidak memberi cuti khas atas kemenangan ini.

Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas


SMK Dangi, 9 Nov 2009 jam 8.30 - 12.00 ,Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas oleh En Ranjit Singh daripada Unit PBSM NS di adakan di Dewan Anjung Seri. Beliau telah menerangkan dan membuat demontrasi tentang luka, pendarahan, balutan, CPR dan tanggungjawab bantuan kecemasan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian atau kemalangan. Kursus ini telah memberi manfaat kepada para pelajar supaya dapat bersedia pada masa atau situasi kecemasan.

Friday, November 6, 2009

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Penyerahan Buku 1 Malaysia

Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik


Kuiz Lisan



Penyampaian Hadiah kepada pemenang Kuiz

Monday, November 2, 2009

Pemurnian laman web pss




PKG JOHOL, 2 Nov 2009, semua Penyelaras PSS dipanggil untuk pemurnian laman web pss masing-masing.


Berita 2


Musim peperiksaan pelajar-pelajar diingatkan supaya menjaga kesihatan, cukup tidur dan membawa peralatan yang cukup semasa peperiksaan.

Slideshow Dang Wangi