Aplikasi EMiS 4.1
Aplikasi EMiS merupakan salah satu aplikasi yang penting dan telah diguna pakai oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengutip data-data berkaitan sekolah, sama ada maklumat guru dan staf serta enrolmen pelajar. Setelah mengalami beberapa evolusi, kini aplikasi EMiS 4.1 akan mula diganti dengan penggunaan EMiS Online.
Aplikasi EMiS Online
Pengemaskinian data sekolah masing-masing sedang giat dijalankan sehingga tarikh akhir kutipan iaitu pada 31 Julai 2009. Semoga aplikasi ini dapat dimanfaatkan dan akan banyak membantu pihak sekolah, PPD, Jabatan Pelajaran dan seterusnya pihak Kementerian Pelajaran dalam urusan penyimpanan data dan kegunaan-kegunaan lain...
Post by:
Zul Ezam bin Kamarul Ariffin
Guru Data SMK Dangi