flashvortex

Tuesday, July 28, 2009

Sektor TVP

Setiap tahun Sektor TVP menerbitkan berbagai-bagai jenis rancangan untuk disiarkan yang meliputi rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara jenis-jenis rancangan yang diterbitkan ialah:

i.

Rancangan kurikulum
Diterbitkan oleh para Penerbit BTP. Rancangan-rancangannya meliputi mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

ii.Rancangan secara pembelian
Dibeli daripada syarikat tempatan atau luar negeri. Contohnya rancangan "Aplikasi Prinsip Sains dan Teknologi" oleh Bill Nye.
iii.

Rancangan Secara usaha sama
Diterbitkan secara usaha sama antara BTP dengan syarikat luar. Berkisar tentang topik kerjaya, teknologi maklumat, pedagogi (bagi mempertingkat kemahiran guru dalam P & P) dan sebagainya.

iv.Rancangan 'Lensa TVP'
Rancangan yang memaparkan peristiwa-peristiwa semasa seputar dunia pendidikan tanah air.
v.Rancangan 'Bicara TVP'
Rancangan berbentuk forum yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, BTP pada setiap hari Khamis jam 12.00 tengah hari.
vi.Rancangan Khas
Pada 17 Januari 2000, Rancangan TVP mula disiarkan melalui ASTRO saluran 28. Program ini disiarkan melalui satelit agar dapat dilihat dengan lebih jelas oleh semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah di kawasan terpencil.

Waktu siaran TVP bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, manakala siaran ulangannya pula dari jam 1.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

Mulai 7 Januari 2002, saluran rancangan TVP telah diubah kepada Saluran 13. Selain itu, pihak Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Telah menambah dua saluran baru iaitu Tech TV dan Discovery Travel and Adventure. Berikut adalah nombor baru saluran-saluran dalam pakej tersebut:

Buat masa ini, rancangan TV Pendidikan disiarkan oleh rangkaian Media Prima melalui Saluran TV9.