flashvortex

Thursday, September 17, 2009

Selamat menyambut aidilfitri



Cuti Raya dah bermula pada 18 Sept 2009. Sebelum Raya tiba, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua warga SMK Dangi. Semoga Raya tahun ini lebih meriah dan gembira!

selamat menyambut aidilfitri

Kesibukan berada di SMK Dangi ini membuatkan kita tidak sedar bulan ramadan semakin berlalu, syawal pula menjelma. saya melihat persediaan rakan-rakan untuk menyambut hari raya semakin rancak ad yang beli kereta Vios baru, baju baru , kuih raya , bini baru .....oh! no... dan tidak kurang juga yang tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung laman masing-masing lagi pula cuti kali ini agak panjang kerana adanya cuti berganti. kepada semua rakan-rakan yang beragama islam..selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan..berhati-hati ketika balik kampung, jangan dilupakan selepas cuti ada kerja lagi menanti.......Selamat Hari Raya.......