flashvortex

Sunday, March 28, 2010

FAKTA BUKAN AUTA

FAKTA-FAKTA YANG BOLEH DIAMBIL KIRA.
1. Awan
Awan mempengaruhi cuaca dan awan memerangkap haba untuk bumi. Selain itu, awan juga menyejukkan bumi dengan memantulkan semula cahaya matahari ke angkasa. Penyejukan dan pemanasan awan ini mempengaruhi cuaca dan pembentukan awan menyebabkan kajian cuaca sukar dilakukan.

2. Botanist
Ahli dalam bidang botani bekerja dengan tumbuh-tumbuhan. Mereka pakar menyelidik sesuatu tumbuhan dan hubungan satu tumbuhan dengan tumbuhan yang lain. Ahli botani juga boleh mengnalpasti perbezaan benih dan habitat serta cara hidup tumbuhan yang dikaji.

3. Ahli Psikologi Tumbuhan
Ahli Psikologi Tumbuhan pula mengkaji proses-proses yang dialami oleh tumbuh-tumbuhan. Misalnya tumbuhan menjalani proses fotosintesis yang melibatkan penyerapan karbon dioksida dan membebaskan oksigen, bertindak balas terhadap cahaya, suhu, kelembapan, organik dan kimia.

4. Ahli Ekologi Tumbuhan
Bidang ahli ekologi tumbuhan melibatkan kajian pelbagai faktor yang mempengaruhi tumbesaran tumbuhan seperti cuaca, tanah dan hidupan lain dari segi kesihatan dan produktif tumbuhan.

5. Topeng Gas
Garrett A. Morgan (1875-1963) berasal dari Paris mencipta prototaip topeng gas untuk mengelakkan asap dan topi pernafasan selamat . Pada tahun 1916 beliau menunjukkan demonstrasi menyelamat mangsa letupan terowong di Cleveland Waqterwork yang memerangkap mangsa di bawah tasik Erie.

6. Kapal Terbang
Pasangan Wilbur dan Orville Wright berjaya menemui pembangunan dan kajian bidang penerbangan. Mereka juga membuat pencetak dan basikal.

7. Teknologi Tebusguna Kereta
Negara Jepun mengumpul semua kereta lama atau rosak dan menggunakannya sebagai bahan untuk membuat kereta baru.

8. Kapal Perang
USS Texas kapal perang pertama Amerika Syarikat dibina di Norfolk, Virginia dengan rekabentuk oleh orang Inggeris dan pernah aktif dalam perang di Santiago.

9. Kajian Kanta Mata
Edgar Derry Tillyer yang berasal dari Dover, New Jersey terkenal dalam penemuan lebih 150 lensa dan optikal yang dinamakan AO.

10. Kapal Terbang
Pasangan Wilbur dan Orville Wright berjaya menemui pembangunan dan kajian bidang penerbangan. Mereka juga membuat pencetak dan basikal.

11. Kanak-kanak dan Penyakit Asthma
Mereka yang mengidap penyakit asthma dinasihatkan mengelakkan diri daripada habuk dan bulu binatang peliharaan seperti kucing dan anjing.

12. Makanan Seimbang Yang Sihat
Makanan seimbang termasuklah buah-buahan segar, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Vitamin E dalam makanan membantu meningkatkan fungsi paru-paru.

13. Kebersihan Rambut
Kebersihan rambut sangat penting untuk mengelakkan jangkitan kutu. Seekor kutu betina akan bertelur 150 dan dalam masa 10 hari ia akan membiak sebagai menjadi kutu.

14. Kurma
Buah kurma membantu mengatasi masalah gangguan usus termasuk masalah sembelit. Bagaimana pun jus kurma tidak boleh kerap diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana ia akan mendatangkan kesan yang lebih serius.

15. Kerisauan
Rasa risau merujuk kepada perasaan bimbang, terlalu mengambil berat, tertekan atau gementar adalah sesuatu yang biasa. Kadang kala ia dapat memotivasikan diri kita untuk lebih bersedia untuk menghadapi ujian atau situasi bahaya di hadapan.