flashvortex

Showing posts with label Darma. Show all posts
Showing posts with label Darma. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Bicara KK-29/9/09

Seni Menyeimbangkan Makanan - Senaman

Selamat bertemu kembali dalam ruangan Bicara KK selepas bercuti selama 10 hari sempena Hari Raya Aidil Fitri. Ramai dalam kalangan kita yang ke hulu-hilir menghadiri rumah terbuka anjuran pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun individu. Tidak kurang juga yang tidak dapat mengelak daripada makan dan minum hanya kerana ' nanti dikata tidak sopan'. Sekali-sekala terlebih makan sedikit tidak menimbulkan masalah dengan syarat tidak dijadikan amalan harian. Kita juga harus mencari masa untuk terus bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dan kalau boleh bersama - sama dengan ahli keluarga.
Soalan : Memandangkan tenaga diperlukan untuk kita melibatkan diri dalam aktiviti senaman, maka bilakah masa yang sesuai untuk kita makan?
Jawapan : Sekurang-kurangnya 1 jam sebelum memulakan senaman. Saiz makanan pula tidak melebihi segenggam. Amaun ini sudah memadai untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk kita bersenam. Sekiranya amaun yang kita makan itu lebih, maka akan menyebabkan kita sakit perut.
Jadi, kalau kita bercadang untuk memulakan senaman pada jam pukul 3 petang, maka kita haruslah berfikir tentang aspek makan pada jam pukul 2 petang.
Jumpa lagi dalam Bicara KK akan datang.

Wednesday, September 2, 2009

BICARA KOKURIKULUM- Seni menyeimbangkan Makanan dan Senaman

Tidak kira jenis senaman yang anda lakukan, sama ada larian, latihan gim, atau berbasikal, anda memerlukan makanan dan air yang cukup untuk meneruskan usaha anda dan membantu anda pulih daripadanya. Jadi bilakah masa yang sesuai untuk anda makan, sebelum dan selepas bersenam? Ketika bersenam adakah sesuai anda minum minuman anda secara perlahan-lahan atau meneguk begitu sahaja?

Jawapannya? Dalam Bicara KK akan datang.

Sunday, August 30, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!


Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-52 kepada semua warga SMK Dangi. Semoga kemerdekaan tanahair yang kita cintai kekal selama-lamanya.


Salam Merdeka. Kibarkan Jalur Gemilang.

Wednesday, August 26, 2009

Siapa kata tanah diperlukan untuk pertanian?


Sayur-Sayuran Dihasilkan Daripada Teknologi Canggih-HIDROPONIK
By: Ramjit-->

Daripada Chiang Hee TzeTOKYO, 25 Ogos (Bernama) --
Bayangkan suatu masa nanti apabila tiada tanah lagi untuk penanaman. Bagaimana kita memperoleh makanan daripada tumbuh tumbuhan segar?

Jepun nampaknya menawarkan penyelesaian berkenaan.

Sebuah kilang mengeluarkan sayur-sayuran berasaskan teknologi bilik mesra alam telah dimajukan dengan pelbagai perubahan sejak berdekad.Teknologi tersebut kini lebih memberi penekanan terhadap hidroponik, yang memerlukan hanya air dan nutrien untuk mengawal penanaman tumbuh-tumbuhan.

Sayur-sayuran biasa kebanyakannya tidak stabil disebabkan oleh iklim tetapi kilang penanaman ini berjaya mengekalkan kestabilannya sepanjang tahun dan menjadikan usaha mengeluarkan sayur-sayuran segar tanpa mengira masa menjadi suatu yang tidak mustahil, kata Presiden Mirai Co. Ltd, Shigeharu Shimamura, dan juga pengasas teknologi untuk kilang sayur-sayuran itu.

Beliau berkata demikian semasa taklimat media di sini sempena mesyuarat perniagaan makanan Jepun anjuran Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO).Mirai ditubuhkan pada 2004 dan bersama-sama dengan rakan teknologinya, OZU Corporation yang kemudian mendirikan "OZU Fuchu Factory" seluas 500 meter persegi pada 2006. Sejak itu ia menjalankan perniagaan sayur-sayuran.

Mengenai teknolgi berkenaan, Shigeharu berkata medium nutrien dan persekitaran yang dikawal juga memungkinkan sayur-sayuran mempunyai kualiti nutrisi yang lebih tinggi.Tidak seperti penanaman di ladang terbuka, sayur-sayuran kilang itu lebih manis setelah kepahitan dan baunya dapat dikawal, kata beliau.

Model perniagaan atau pengeluaran hasil tanaman ini boleh berfungsi dalam bangunan, katanya."Pengusaha boleh mengeluarkan sayur-sayuran atau herba yang diperlukan dalam pasaran. Saiz, kuantiti atau kualiti boleh dioptimumkan," katanya.

Sementara itu, penyelia fakulti OZU Corporation, Yuichi Kaneko berkata kaedah biasa penanaman sayur-sayuran berdepan dengan risiko seperti penyakit dan serangan serangga dan kaedah hidroponik ini boleh mengurangkan risiko itu.Syarikat berkenaan telah menghasilkan sayur-sayuran seperti salad, selada air, sawi dan banyak lagi, yang kini dijual di restoran terkenal. Sayur-sayuran itu juga dijual kepada syarikat pembekal dan pasar raya.-- BERNAMA
(Dipetik dan diubahsuai)

Tuesday, August 25, 2009

Bicara KK :- Diet Yang Tinggi Lemak Rendahkan IQ !


Tahukah anda bahawa, diet yang tinggi kandungan lemaknya boleh merendahkan IQ individu?

Selain menjadikan individu semakin gemuk, diet yang tinggi lemaknya seperti kari, kebab, burger, dan kentang goreng boleh menyebabkan individu mempunyai IQ rendah.

Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Oxford, terhadap sekumpulan tikus yang diberi makanan yang tinggi kandungan lemak selama kurang daripada 10 hari mendapati bahawa memori jangka pendek tikus-tikus tersebut telah rosak. Hal ini menyebabkan tikus-tikus tersebut hilang kewarasan mental dan abiliti pergerakan mereka berkurangan secara mendadak.

Pada pandangan pakar biologi tersebut, hasil kajian itu menunjukkan bahawa ada kaitan antara apa-apa yang dimakan manusia dengan cara manusia berfikir, serta bertindak.

Para saintis tersebut, kini sedang mengkaji kesan jangka pendek diet tinggi lemak terhadap manusia.

(Dipetik, diubahsuai dan diterjemahkan daripada artikel yang diterbitkan dalam - Daily Mail)

Monday, August 24, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan PTK

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan PTK kepada Semua Warga SMK Dangi yang akan menghadapi peperiksaan PTK pada bulan Ogos ini. Semoga semua berjaya dengan Cemerlang.

Saturday, August 15, 2009

Majlis Pelancaran Bulan Patriotik SMK Dangi















DANGI, 15 Ogos. - Pengetua SMK Dangi, Pn. Yap Yoke Sim, menyeru murid-murid menghayati dan seterusnya mendukung gagasan negara iaitu 1 Malaysia yang menjadi idaman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tema hari kemerdekaan ke-52 , 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan perlu dihayati dan difahami murid-murid agar kelak menjadi rakyat yang mengutamakan perpaduan dan mempunyai semangat cinta akan negara berpandukan Perlembagaan negara dan Rukun Negara.


Beliau berucap demikian ketika melancarkan Bulan Patriotik SMK Dangi 2009, pada pagi ini. Dalam ucapan tersebut, Pn. Yap juga menekankan sikap penerimaan dalam kalangan murid-murid terutamanya di SMK Dangi yang terdiri daripada pelbagai kaum, antaranya Melayu, Cina, India, dan Asli. "Kekalkanlah keharmonian, utamakanlah perpaduan," tegas beliau.


Sempena Bulan Patriotik 2009, setiap kelas juga diberikan Jalur Gemilang untuk dikibarkan dalam kelas masing-masing. Pn. Yap turut menerima sumbangan berbentuk pokok bunga raya daripada syarakat T-Rai Enterprise, yang disampaikan oleh wakilnya, En. Mustafa Mansor, ketua pekerja SMK Dangi, dalam majlis tersebut. Pada majlis yang sama, kuiz patriotik juga diadakan. Yang uniknya, para pemenang terdiri daripada pelbagai kaum.
Kemuncak Majlis Pelancaran tersebut ialah upacara menanam pokok bunga raya. Murid-murid juga menyahut seruan 1Malaysia dengan bersama-sama menanam 20 batang pokok bunga raya di taman patriotik sekolah.

Terima kasih dicapkan kepada Syarikat T-Rai kerana sumbangan pokok bunga raya. Begitu juga kepada Pn. Yap Yoke Sim, Pengetua SMK Dangi kerana sentiasa memberi galakan kepada para guru dan murid-murid melibatkan diri dalam program-progaram sebegini.