flashvortex

Showing posts with label LAPORAN APRIL. Show all posts
Showing posts with label LAPORAN APRIL. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

PESTA MUZIK 2009


Hari ini SMKD terlibat dengan pertandingan kompang dan bola tampar peringkat daerah KP

- Darmalingam PK KO

Monday, April 20, 2009

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN 2009



Sekolah Menengah Kebangsaan Dangi, Johol, Nsdk. Pada 26.03.2009 ( khamis) jam 1.50 hingga 2.30 petang. Sebelum latihan bermula, satu taklimat telah diadakan semasa perhimpunan pagi Isnin. Setiap kelas telah diarahkan untuk menampal peta lakaran pergeakan pelajar jika belaku kebakaran dan kecemasan. Loceng ( ais krim ) dibunyikan secara berturutan. Pelajar-pelajar keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru terakhir yang mengajar. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah . Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal. Masih ramai pelajar yang bergerak agak perlahan seolah-seolah tiada apa yang terjadi. Mereka diberi amaran oleh guru-guru yang bertugas. Guru penolong Kanan (HEM) menerangkan dengan lebih jelas peraturan sebenar kepada pelajar-pelajar.

Disediakan Oleh,
…………………………………….
(HJ MOHD NASIR KASSIM)
GPK HAL EHWAL MURID,
SMK DANGI, JOHOL.

Thursday, April 16, 2009

KADET POLIS SMK DANGI




LAPORAN
KADET POLIS SMK DANGI
Di bawah pimpinan Ustaz Kamarulfauzi Ariffin selaku ketua Penasihat telah mengadakan PROGRAM TEORI SENJATA API (M16) pada 23 Mac 2009, pukul 3.30 – 5.00 petang bertempat di Dewan Anjung Seri, SMK Dangi dengan bantuan Pegawai Polis Dangi iaitu SM Rosli bin Mohd Shah, Kpl Shamsudin danKstb Zubaidi bin Awang telah mendemonstrasikan kepada 15 ahli kadet SMK Dangi. Ceramah yang disampaikan oleh SM Rosli menyentuh tentang pengenalan M16, cara-cara menggunakannya dan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi. Penceramah/fasilitator menunjukkan cara menggunakan M16. Penceramah/fasilitator meminta setiap peserta mencuba M16. Soal-jawab. Penceramah/fasilitator dapat menyampaikan ceramahnya dengan baik kerana dapat menunjukkan senjata api yang sebenar iaitu M16. Semua peserta berpuas hati kerana dapat mengikuti ceramah yang disampaikan dengan baik.

Disediakan oleh :

_______________________
(KAMARULFAUZI BIN ESA)