SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARIPADA WARGA SMK DANGI
Dangi, 21 Ogos - Guru PK HEM, Tn. Hj. Mohd Nasir mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada para pelajar Islam SMK Dangi. Beliau juga mengingatkan, cuti pertengahan penggal 2 akan bermula pada 22 Ogos hingga 31 Ogos 2009. Hari persekolahan akan bermula kembali pada 1 September 2009.
flashvortex
Showing posts with label Posted by: Zul Ezam Kamarul Ariffin. Show all posts
Showing posts with label Posted by: Zul Ezam Kamarul Ariffin. Show all posts
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009

Rangkaian komputer buku Samsung
SAMSUNG Electronics Malaysia (Samsung) melangkah setapak lagi dalam teknologi komputer riba dengan melancarkan satu rangkaian komputer riba yang mampu dimiliki.
Menerusi rangkaian berkenaan, Samsung menawarkan komputer riba berprestasi tinggi sehingga kepada yang sesuai bagi pengguna biasa.
Ini termasuk mini notebook bagi spektrum pengguna yang luas, kapasiti bateri sehingga 10 jam dan ringan tanpa meninggalkan kelebihannya.
Terdiri daripada rangkaian siri X dan R bagi notebook dan siri N bagi mini notebook untuk memenuhi keperluan enterpris, perniagaan kecil dan sederhana serta pelbagai keperluan pengguna.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Malaysia, Yoon Ki Heung berkata, pelbagai model notebook daripada siri terbaru Samsung memberikan pengguna penyelesaian kepada pengkomputeran.
"Notebook Samsung yang baru merupakan satu kelebihan di dalam pasaran dengan menawarkan pelbagai pilihan bagi pelanggan," katanya.
Notebook Siri X dibina bagi keupayaan maksimum dengan model X360 dengan skrin 13.3 inci adalah yang ternipis dan ringan dalam kelasnya.
X360 dengan berat 1.29 kilogram (kg) dan boleh digunakan berterusan selama 10 jam serta menyokong paparan 300 nits SuperBright LED backlit dan sesuai untuk golongan profesional.
Model R470 dengan paparan LED 14.0 inci memaparkan inovatif kalis air pada sistem bagi menghalang kerosakan jika cecair tumpah pada permukaan notebook.
N110 pula adalah notebook paling kecil dan ringan serta mempunyai jangka hayat bateri selama 9.5 jam menjadikannya pilihan bagi mereka yang suka mengembara atau banyak tugasan di luar.
Rekaan ergonomik memudahkan penggunaan selain petak papan kekunci yang lebar bagi memudahkan dan mempercepatkan tugasan menaip.
Rangkaian komputer notebook Samsung telah berada di pasaran

Sentuhan lengkap dan sempurna
SETELAH tampil dengan beberapa model telefon bimbit sentuhan intuitif sebelum ini, Samsung terus mengorak langkah cemerlang menerusi pengenalan model terbaru, Samsung Preston S5630.
Dilengkapi dengan skrin sesentuh penuh QVGA 2.8 inci, model tersebut mengaplikasikan antara muka TouchWiz v1.0 yang membenarkan pengguna menentukan sendiri operasinya mengikut kehendak mereka.
Menerusi kelebihan tersebut, pengguna akan dapat mengakses aplikasi kegemaran mereka dengan cara leret dan letak pada skrin utama.
Untuk pengalaman pelayaran Internet terbaik pula, model tersebut dilengkapi dengan sambungan HSDPA 7.2 Mbps selain sensor accelerometer untuk fungsi putaran paparan secara automatik.
Untuk pengalaman pelayaran Internet terbaik pula, model tersebut dilengkapi dengan sambungan HSDPA 7.2 Mbps selain sensor accelerometer untuk fungsi putaran paparan secara automatik.
Ia turut dibangunkan bersama teknologi Gesture Unlock iaitu untuk memudahkan pengguna membuka kekunci telefon dengan hanya melukis karakter tertentu yang telah dipilih terlebih dahulu pada permukaan skrin menggunakan jari.
Aplikasi keseronokan multimedianya diperkukuhkan dengan kehadiran kamera 3.2 megapiksel bersama fungsi canggih shot senyuman dan juga shot panorama automatik.
Selaras dengan kehendak pengguna yang mahukan saluran permainan muzik tanpa kompromi, model berkenaan didatangkan dengan ciri perkhidmatan pencarian dan pengecaman muzik Shazam.
Selaras dengan kehendak pengguna yang mahukan saluran permainan muzik tanpa kompromi, model berkenaan didatangkan dengan ciri perkhidmatan pencarian dan pengecaman muzik Shazam.
Menerusinya, pengguna boleh mencari muzik kegemaran mereka secara maya dengan merekodkan muzik tersebut kepada pelayan Shazam.
Selepas itu, pengguna dengan mudahnya akan dapat menjejaki trek lagu berkenaan menggunakan maklumat seperti tajuk lagu, penyanyi atau kulit album.
Selepas itu, pengguna dengan mudahnya akan dapat menjejaki trek lagu berkenaan menggunakan maklumat seperti tajuk lagu, penyanyi atau kulit album.
Kelebihan lainnya, ia menyokong fail multimedia berformat MPEG4 dan WMV yang dapat mengurangkan bunyi bising atau gangguan.
Bagi memastikan storannya mampu menyokong simpanan pelbagai fail pula, Samsung Preston S5630 mempunyai memori binaan dalam 80 megabait (MB) selain slot kad microSD lapan gigabait (GB).
Bagi memastikan storannya mampu menyokong simpanan pelbagai fail pula, Samsung Preston S5630 mempunyai memori binaan dalam 80 megabait (MB) selain slot kad microSD lapan gigabait (GB).
Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi di laman web http://www.samsung.com/.
Tuan Mohd. Irwan Tuan Daud berbual dengan Dr. Mahathir Mohamad sambil diperhatikan datuknya, Tuan Yaakob Mat dan nenek, Tuan Embong Tuan Kecik pada majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas.Kurang upaya bukan penghalang
Ketinggiannya hanya 98 sentimeter, namun keadaan itu tidak sedikit pun menjadi penghalang untuknya mencipta kejayaan cemerlang. Tuan Mohd. Irwan Tuan Daud, 22, muncul antara pelajar cemerlang Universiti Teknologi Petronas (UTP) apabila lulus dengan keputusan Kelas Kedua Atas, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik dan Elektronik. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan penerima Anugerah Projek Tahun Akhir.
Ketika ditemui, anak sulung daripada dua beradik ini berkata, beliau tidak pernah menjadikan kecacatan yang dialami sejak lahir itu sebagai alasan untuk tidak cemerlang seperti rakan-rakan normal lain.
Malah, katanya, seperti rakan-rakan lain, beliau juga berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan menggunung keluarganya di kampung.
''Saya belajar seperti orang lain. Tiada beza," katanya pada majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.
''Saya belajar seperti orang lain. Tiada beza," katanya pada majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.
Kegembiraan Tuan Mohd. Irwan yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, sempena hari istimewanya itu turut diraikan oleh ibu, datuk dan neneknya. Bagaimanapun, bekas pelajar tajaan Petronas ini memberitahu, beliau kini masih menunggu tawaran pekerjaan daripada syarikat-syarikat berkenaan.
''Saya ada menghantar permohonan kerja kepada dua, tiga syarikat dan telah menghadiri temu duga dengan Petronas baru-baru ini," katanya.
Ditanya apa nasihatnya kepada rakan-rakan kurang upaya lain supaya mereka juga menjadi cemerlang sepertinya, Tuan Mohd. Irwan berkata: ''Jangan rasa rendah diri. Yang penting kita belajar bersungguh-sungguh."
Friday, August 14, 2009
TAHUKAH ANDA?
Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)