flashvortex

Monday, April 20, 2009

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN 2009



Sekolah Menengah Kebangsaan Dangi, Johol, Nsdk. Pada 26.03.2009 ( khamis) jam 1.50 hingga 2.30 petang. Sebelum latihan bermula, satu taklimat telah diadakan semasa perhimpunan pagi Isnin. Setiap kelas telah diarahkan untuk menampal peta lakaran pergeakan pelajar jika belaku kebakaran dan kecemasan. Loceng ( ais krim ) dibunyikan secara berturutan. Pelajar-pelajar keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru terakhir yang mengajar. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah . Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal. Masih ramai pelajar yang bergerak agak perlahan seolah-seolah tiada apa yang terjadi. Mereka diberi amaran oleh guru-guru yang bertugas. Guru penolong Kanan (HEM) menerangkan dengan lebih jelas peraturan sebenar kepada pelajar-pelajar.

Disediakan Oleh,
…………………………………….
(HJ MOHD NASIR KASSIM)
GPK HAL EHWAL MURID,
SMK DANGI, JOHOL.