Aktiviti Kokurikulum untuk minggu ini diteruskan pada 29/7/2009 (Rabu) mulai 2.30 ptg. Bahagian pertama melibatkan aktiviti berkaitan dengan Unit Uniform. Bahagian kedua diisi dengan aktiviti permainan.
AKTIVITI UNIFORM:
Bidang : Ketahanan Diri Dan Kebudayaan
Matlamat : Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal,mental,
mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan.
Objektif : a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.
b. Memupuk bakat dan potensi yang sedia ada dan mampu
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu
menyelesaikannya secara bijaksana.
Fokus : Kompas (Tahap 2)
Dikendalikan oleh En. Mohd Faisal Abdul Jalal.
Aktiviti : 1. Mengenal arah mata angin.
2. Pengenalan Kompas.
3. Praktikal mencari 'bearing'.
4. Aktiviti 'Orienteering 'dan Pandu Arah.
Disediakan oleh:
Darmalinggam Manickam
Pen.Kanan Kokurikulum
SMK Dangi, Johol N.S.