AWAS!!! H1N1 DI SEKOLAH SEMAKIN MEMBIMBANGKAN…….
Daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada 23 Julai yang lalu, sebanyak 58 buah sekolah sahaja yang terlibat atau disyaki mendapat jangkitan H1N1. Walaupun kemudiannya didapati hanya demam biasa sahaja, peningkatan terhadap kes yang disyaki semakin meningkat. Ini dapat dilihat, dalam tempoh seminggu sahaja pertambahan bilangan sekolah yang terlibat atau disyaki H1N1 setakat 29 Julai yang dilaporkan ialah 147 buah sekolah, iaitu bertambah sebanyak 89 buah sekolah! Manakala bilangan yang positif H1N1 yang dilaporkan sehingga minggu lepas adalah seramai 68 orang (termasuk 2 orang Pengetua dan 2 orang guru sekolah) dalam tempoh 35 hari bermula 19 Jun hingga 23 Julai, sedangkan peningkatan seminggu selepas itu adalah seramai 67 orang dilaporkan positif H1N1.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=318
Posted by:
Zul Ezam bin Kamarul Ariffin
Guru Data SMK Dangi