flashvortex

Tuesday, July 14, 2009

PEMINDAHAN BILIK S/U P




PEMINDAHAN BILIK SETIAUSAHA PEPERIKSAAN / BILIK PENTAKSIRAN
10 Julai 2009,11.00 pagi – 12.00 petang. Pengetua telah bersetuju memindahkan Bilik SUP di tingkat 4 bersebelahan Bilik Kaunselor ke Bilik Dokumentasi berdekatan bilik-bilik Ketua Bidang. Murid-murid Ting. 3 telah membantu menyusun rak dan almari di Bilik Dokumentasi. Mereka juga telah mengangkat meja dan kerusi ke bilik ini
Murid-murid Ting. 1 dan 2 telah membantu mengangkat fail-fail peperiksaan dari Bilik SUP di tingkat 4 ke bilik bari ini. Bilik Dokumentasi sememangnya sesuai dijadikan Bilik SU Peperiksaan / Bilik Pentaksiran kerana lokasinya yang lebih strategik.
Bilik baru ini mudah untuk dilengkapkan dengan kemudahan internet. Ia juga mudah dikunjungi oleh pihak pentadbir dan guru-guru sekolah berbanding bilik lama.