flashvortex

Friday, July 24, 2009

Pentaksiran KHB



Pentaksiran kerja kursus KHBKT talah dijalankan pada 23 Julai 2009. Pentaksiran dilakukan oleh Ketua Pentaksir Kawasan Kuala Pilah En. Azhar Abdul Rahim dari SMK DUAM pada jam 9.00 - 11.00 pagi. En Razak Adom selaku pentaksir sekolah turut bersama beliau untuk membantu dan menerima teguran-teguran jika berlaku kesilapan. En Azhar sangat berpuas hati malah memuji hasil kerja yang dihasil oleh pelajar SMK Dangi di bawah bimbingan En Razak Adom. En Razak juga mengucapkan terima kasih pentaksiran yang dilakukan oleh En. Azhar.