ISNIN, 27 JULAI 2009
Peperiksaan Percubaan PMR selaras Negeri Sembilan akan bermula pada 3 Ogos 2009 dan berakhir pada 7 Ogos 2009. Untuk itu, Unit Peperiksaan SMK Dangi akan menyusun Dewan Peperiksaan pada hari Khamis 30 Julai 2009 bermula jam 1.00 tengahari. Semua calon PMR sekolah diminta dapat hadir ke Dewan Anjung Seri pada waktu yang ditetapkan untuk kerja-kerja penyusunan kerusi meja. Selepas itu, Setiausaha Peperiksaan akan menyampaikan taklimat peperiksaan kepada para calon.
Semoga semua calon sekolah dapat menjalani peperiksaan ini dalam suasana peperiksaan sebenar.
SUP PMR/SPM
Ustaz Kamarulfauzi b. Esa