flashvortex

Wednesday, July 29, 2009

PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KPM


RABU, 29 JULAI 2009.


Dua murid Tingkatan 4 telah terpilih untuk mengikuti program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah (NKISM) Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Sembilan. Mereka ialah Muhd Fahmi b. Abdul Razak dan Rozielawati bt. Zakaria.


Program yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini akan bermula pada pagi ini dan tamat pada tengahari Jumaat 31 Julai 2009.


En. Dzulkafli b. Abdul Wahid telah membawa kedua-dua peserta program ini ke Pusat Kecemerlangan Murid, Rembau iaitu tempat program nadwah ini diadakan.


Semoga mereka dapat mengikuti program nadwah ini dengan baik dan dapat mengutip segala mutiara yang ditaburkan di sana untuk manfaat diri dan sekolah.


kf