
Tahniah diucapkan khususnya kepada En Darmalinggam ( Guru Penolong Kokurikulum ) dan Cik Norhakibah yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2008. Majlis ini telah diadakan pada 29 Jun 2009 di Dewan Sekolah Menengah Teknik Juasseh dan perasmian serta penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Lasim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Senaling. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Yang Berusaha Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Seramai 151 orang warga pendidik daerah Kuala Pilah telah terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang. Para penerima anugerah akan menerima hadiah wang tunai RM 1000.00 dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Warga SMK Dangi mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Semoga anugerah ini akan menjadi perangsang untuk cikgu ini bekerja dengan kuat dan bersungguh-sungguh lagi.