Pada hari ini dalam tahun 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia. Negara itu ialah Malaysia. Stadium Mer deka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun sebelum itu, iaitu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.
Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak, dan Sabah. turut serta dalam dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens, dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-kerajaan yang telah dijemput khas.