Apakah kesilapan besar yang biasa dilakukan individu yang bersenam?
Biasanya 2 kesilapan besar dilakukukan oleh individu yang bersenam. Hal ini berkaitan dengan makanan.
Pertama, tidak makan sebelum bersenam. Akibatnya, individu tersebut kurang bermaya untuk meneruskan senaman. Hal ini seterusnya memberi isyarat pada minda individu untuk bertindak balas. Senaman yang dilakukan individu tersebut akan diperlahankan kerana keletihan dan seterusnya berhenti. Semuanya gara-gara tidak cukup tenaga.
Kedua, makan telalu banyak sebelum bersenam. Akibatnya, individu tersebut terlebih muatan perutnya. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut sama ada tidak aktif ataupun langsung hilang niat untuk bersenam.
Justeru, timbul persoalan tentang, bilakah masa yang sesuai untuk individu makan sebelum bersenam? Berapa banyak yang harus individu itu makan? Jawapannya - minggu depan.