flashvortex

Thursday, September 10, 2009

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa, negara China dan India, masing-masing bertanggungjawab melepaskan 1o% dan 3% gas yang menghasilkan kesan rumah hijau dunia yang ada di atmosfera? Negara-negara maju pula menghasilkan sebanyak 75% gas rumah hijau dunia.(data diperoleh daripada World Resource Institute)
Negara China juga menduduki tempat pertama dalam carta negara-negara yang menghasilkan karbondioksida tertinggi di dunia. Negara India pula menduduki tempat ke-5.
Apakah kesannya?
Perubahan Iklim(Climate Change) yang ketara berlaku di kedua-dua buah negara tersebut. Kedua-dua negara tersebut mengalami banjir dan kemarau yang semakin teruk. Di bahagian selatan dan barat negara China, umpamanya, sudahpun diancam banjir 7 kali ganda lebih besar kesannya berbanding dengan tahun 1950-an. Kedua-dua negara tersebut juga dijangka mengalami peningkatan suhu antara 8 - 9 darjah Fahrenheit. Hal ini jelas di bahagian Utara kedua-dua buah negara tersebut.( Laporan Panel Perubahan Cuaca Antara Kerajaan Dunia 2007).