flashvortex

Monday, September 14, 2009

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa kajian yang dijalankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia baru-baru ini menujukkan bahawa kos kehilangan hasil pengeluaran global akibat kesilapan refraktif yang belum dibetulkan (uncorrected refrective error) pada $270 bilion setahun.

Kajian juga menunjukkan bahawa berjuta - juta nelayan di negara - negara sedang membangun tidak mampu membaiki jaring-jaring mereka kerana masalah penglihatan. Begitu juga dengan berjuta-juta kanak-kanak di negara-negara sedang membangun terpaksa menamatkan pelajaran mereka atau terpaksa ditahan di sekolah kerana tidak dapat melihat perkataan atau angka yang tercatat pada kertas.
Masalah mereka sukar di atasi kerana caj rawatan optometris yang yang sangat tinggi, dan kebanyakan mereka pula miskin. Jadi, untuk membantu kes-kes begini, Profesor Fizik, Dr. Joshua Silver dari Universiti Oxford telah mencipta sejenis cermin mata yang kantanya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pemakai menggunakan punat seperti yang terdapat pada teleskop dan kamera yang boleh diubahsuai fokusnya. Akibatnya, mereka yang menghadapi masalah penglihatan mungkin tidak perlu lagi berjumpa dengan optometris. Cermin mata ini dikenali sebagai Adspecs.