
Dangi, 5 Oktober 2009 - warga SMK Dangi hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pelajar tingkatan 1M Muhammad Adib Abu Zar dan seorang lagi bekas pelajar SMK Dangi Mohd IHaireel Azhar. Kejadian berlaku pada hari Sabtu yang lepas di mana motorsikal yang ditunggang oleh kedua-dua mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta, dipercayai motorsikal berkenaan cuba memotong motorsikal rakan-rakan yang lain tetapi tidak lepas. Setakat berita ini ditulis keadaan pelajar tingkatan 1M Muhammad Adib Abu Zar dikatakan parah, berada dalam keadaan koma, cedera buah pinggang, pendarahan di hati, patah tulang paha dan dirawat di ICU- unit rawatan rapi Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kami warga SMK Dangi mendoakan agar pelajar ini kembali sedar dan sihat dan dapat menjalani persekolahan semula secepat yang mungkin.