flashvortex

Wednesday, October 14, 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN VERSI SMK DANGI 2009

Dah mulo dah.............
Forum :
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan


Deklamasi sajak..........

Negaraku...........dah lupo pula.....

Dengan ini saya melancarkan....
Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMK Dangi 2009
Bahasa Jiwa Bangsa

Dangi, 14 Okt - Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan bahasa Kebangsaan, SMK Dangi melancarkan versinya tersendiri pada pagi ini. Pelancarannya disempurnakan oleh Pn. Yap Yoke Sim , pengetua SMK Dangi.
Antara acara yang diadakan ialah mendeklamasi sajak oleh murid. Namun yang menggamatkan dewan Anjung Seri ialah forum bertajuk, Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, yang dikendalikan oleh ketua Bidang Bahasa, En. Kama Bin Tindek. Ahli-ahli Panel pula terdiri daripada panitia Bahasa Melayu SMK Dangi. Forum tersebut diharap dapat membuka mata para murid tentang kepentingan menguasai Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.