flashvortex

Tuesday, October 6, 2009

SISTEM PENGGREDAN BARU SPM

PERHATIAN!

KUALA LUMPUR: Satu sistem baru penggredan semua kertas peperiksaan pada peringkat SPM akan digunakan mulai tahun ini.
Pengumuman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa penggredan baru itu ialah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E ( lulus ), dan G untuk mereka yang gagal. Sistem penggredan ini akan mengganti sistem penggredan sebelum ini, iaitu, 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E, dan 9G.
Ketua Pengarah KPM, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan bahawa sistem penggredan baru ini akan dapat membantu pihak kementerian pelajaran mengenal pasti murid-murid cemerlang untuk program - program latihan. Menurut beliau, memandangkan penggredan baru adalah terperinci, maka lebih mudah untuk pihak kementerian membuat pilihan murid-murid cemerlang untuk pemberian biasiswa.