flashvortex

Tuesday, August 3, 2010

Penglibatan pelajar SMKD dalam kompang


pada 31 julai 2010,pasukan kompang jiran muda kawasan rukun tetangga dangi telah menyertai pertandingan kompang dan rebana sempena majlis kerja kahwin 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Jabatan perpaduan Negeri Sembilan telah memilih pasukan kompang daripada kawasan rukun tetangga dangi untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan tersebut.
Penyertaan bagi pertandingan ini bukan diwakili dalam kalangan remaja sahaja malahan mengikut syarat yang ditetapkan adalah peserta harus berumur 15 hingga 50 tahun.Pasukan jiran muda KRT dangi menghantar seramai 13 orang termasuk pengantin.pasukan ini juga bertemakan 1 Malaysia yang terdiri daripada kaum melayu,cina dan juga india.Semasa berada ad disana,kami mendapati bahawa hanya kumpulan kami yang mempunyai pelbagai bangsa.
Peserta yang diwakili oleh pasukan Negeri sembilan ialah Mohd syukur yang berperanan sebagai khalifah atau ketua,Mohd zulhafiz,MOhd fahmi,Mohd shahrel Sapuan,Mohd Faiz,Iswaran,Jefriddin,Rose Izzaty,Nur Hidaayah,Roseliyana zulfa,Syadatul Akmar, Thilaga dan Ng Kok Yap


Di e-mail: oleh: Bekas pelajar Mohd Syukor Daud