MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH BERSAMA
KOMUNITI PERINGKAT PKG JOHOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
·
VVIP : YB Dato’ Hasan
bin Malek
Ahli Parlimen Kuala
Pilah
·
Tarikh : 19 Mei 2012 (Sabtu)
·
Masa :
11.00 pagi
·
Tempat :
Dewan Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Nuri
Pusat
Akses Sekolah merupakan ruang pembelajaran yang dilengkapi dengan kemudahan ICT
bagi membolehkan murid belajar secara kendiri, mendapatkan maklumat dan
berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat yang berkonsepkan ‘cyber
cafe’. Di samping itu, komuniti
digalakkan menggunakan Pusat Akses Sekolah (PuAS) sebagai satu tempat
pembelajaran dan peningkatan kemahiran ICT dalam kalangan masyarakat setempat.
Oleh itu, Jawatankuasa Pemuafakatan Pusat Kegiatan Guru Johol , Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah dan Sekolah Kebangsaan Nuri akan mengadakan
program tersebut untuk memperkasakan dan memantapkan lagi penggunaan Pusat
Akses Sekolah bersama komuniti secara optimum.
1. OBJEKTIF
1.1
Membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan komuniti
setempat.
1.2
Memberi
pendedahan kepada komuniti tentang literasi maklumat dan penggunaan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Memberi pendedahan kepada kemudahan
yang terdapat di dalam internet seperti pencarian maklumat, berurusan dengan
pihak ketiga seperti perbankan internet,
e-bayaran, e-permohonan, tempahan melalui talian dan sebagainya.
1.4
Penggunaan ICT
bagi meningkatkan keberkesanan
pengurusan kehidupan seharian.
1.5
Menyediakan komuniti
kepada budaya ICT dalam kehidupan seharian.