flashvortex

Tuesday, July 28, 2009

FOKUS SPM

Ketika ini merupakan masa terbaik untuk kita menoleh ke belakang atau mengimbas kembali pencapaian diri sama ada dari segi pelajaran, hubungan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, sikap dan sasaran yang telah kita tetapkan pada awal tahun dahulu. Ingat, anda sudah berada di separuh kedua tahun 2009, masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali.
HAMPA hati seorang ibu dan bapa apabila mengetahui keputusan peperiksaan anak yang menjadi harapannya mengecewakan. Anaknya gagal! Selama ini, segala-galanya telah diberikan agar semua keperluan anak-anak mencukupi. Namun apabila mendapat keputusan peperiksaan, berkecai harapan mereka. Kejayaan yang diharapkan, kegagalan yang diperoleh. Di mana silapnya? Inilah persoalan yang bermain di fikiran.
MERANTAU ke luar negara untuk menuntut ilmu menjadi cita-cita ramai pelajar. Tidak kira apa-apa bidang pengajian yang diambil pengalaman yang diperoleh tidak terhitung nilainya. Segulung ijazah yang dicita-citakan menjadi pelengkap kepada suatu pencarian dengan berbekalkan keazaman dan doa daripada keluarga tercinta.
Learning to use a foreign language like English is actually a lifetime endeavour. Many of us do not realise this fact and though we want to advance ourselves as fast as we could (perhaps due to the fact that you have set yourself a high target in PMR or SPM), we seem to be getting nowhere!
BAYANGKAN diri anda menghadapi timbunan buku di dalam bilik yang suram dan sunyi, seorang diri. Adakah ia membuat anda ingin melakukannya setiap masa? Adakah ia menimbulkan semangat yang membara untuk belajar dan mengulang kaji? Sudah tentu tidak bukan?
Menggeletar lutut Azril apabila namanya disebut Cikgu Salbiah. Kali ini dia tidak akan terlepas. Berpeluh-peluh dia membayangkan situasi esok hari. Bukan dirinya tidak mampu menyiapkan tugasan, tetapi kerana malu dan takut apabila berhadapan dengan khalayak yang menyebabkan dia jadi begitu. Kebiasaannya dia akan mencari pelbagai alasan untuk melarikan diri apabila diminta untuk ke hadapan kelas. Walaupun hanya menjawab soalan matematik, menggeletar kakinya.