Ovi Store Untuk Pengguna Nokia
Ovi Store oleh Nokia kini boleh didapati secara global dan menyokong lebih 75 peranti Nokia termasuk Nokia N97 terkini. Pelanggan boleh mengunjungi store.ovi.com menerusi pelayar telefon bimbit untuk memuat turun, menetapkan dan menambah pelbagai aplikasi menarik, permainan, video, Podcast, peralatan produktivti serta banyak lagi yang ditawarkan secara percuma dan berbayar. Pengguna Malaysia boleh meningkatkan peranti mereka dengan aplikasi mobil Ovi Store secara memilih ikon Ovi Strore di fail Download (muaturun) telefon. Bayaran untuk aplikasi mobil ini boleh dibuat menerusi kad kredit dan tambahan sokongan bahasa serta ciri-ciri baru juga akan dibuat dari semasa ke semasa.