flashvortex

Wednesday, September 16, 2009

LAWATAN DAN PERTEMUAN MESRA KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPNS

Tanda Terima Kasih SMK Dangi Kepada
Tn.Mohd Isah B Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik
JPNS
Ucapan Selamat Berjaya Kepada Murid-murid SMK Dangi
daripada Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS

Tuan Mohd Isah Bin Ismail
Ketua Sektor Pengurusan Akdemik, JPNS Murid-murid Ting. 3 SMK Dangi mendengar nasihat dan
pedoman Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNS

Pada 16/9/2009(Rabu) SMK Dangi telah menerima kunjungan mesra Tuan Mohd Isah Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS. SMK Dangi sebenarnya bertuah kerana selain mendengar dan memberi input yang positif terhadap peningkatan akademik murid-murid terutamanya calon-calon peperiksaan PMR dan SPM, Tuan Ketua Sektor turut memberi ceramah motivasi kepada calon-calon PMR. Dalam ucapannya Tuan Ketua Sektor menyentuh tentang ciri-ciri murid cemerlang seperti sayang pada diri, keyakinan diri, berfokus, sentiasa berusaha, dan tidak berputus-asa. "Pada masa yang sama jangan lupa menjaga kesihatan anda," kata Tuan Ketua Sektor sebelum mengakhiri ucapannya.