flashvortex

Showing posts with label Posted by: Darma. Show all posts
Showing posts with label Posted by: Darma. Show all posts

Monday, February 1, 2010

AKTIVITI KK MINGGU INI-05/10

Aktiviti Kokurikulum minggu ini akan diadakan pada :-
Tarikh: 3/2/2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Aktiviti minggu ini adalah seperti berikut :-
1. Aktiviti Badan Beruniform
2. Latihan sukan olahraga
Semua murid wajib hadir.

BICARA KK 5/10

(sambungan )

What are the qulities of a successful person?
Successful personalities have clear vision in and of their life. They work hard to achieve their vision/dream.

Apakah kulaiti individu yang berjaya?

Mempunyai visi yang jelas dalam dan tentang hidupnya. Mereka berusaha keras untuk mencapai apa-apa yang dicitakannya.
bersambung........

Wednesday, January 27, 2010

AKTIVITI KK MINGGU INI - 04/10

Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini akan diadakan pada :

Tarikh : 27.01.2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.30 petang.

Aktiviti minggu ini adalah :

1. Badan Beruniform
2. Latihan Sukan (olahraga)

Semua murid wajib hadir.

Tuesday, January 26, 2010

BICARA KK 04/10

(continuation )...

What are the qualities of a successful person?
Hard working. A person who is hard working will always try to do the best. Many a time they are also proactive. They get the satisfaction in doing the best and beating the rest through the right way.
Apakah ciri-ciri individu yang berjaya?
Rajin. Individu yang rajin senantiasa berpegang pada konsep membuat yang terbaik kerana amalan tersebut akan memberi kepuasan kepadanya.
Biasanya individu tersebut juga proaktif.

Wednesday, January 20, 2010

AKTIVITI KK MINGGU 03/10

Aktiviti Kokurikulum minggu ini adalah seperti berikut:-

1. Perjumpaan Badan Beruniform kali Ke-3/10.
2. Latihan Larian SMK Dangi. (S/P 03/10)

Murid wajib hadir.

Bicara Kokurikulum 03/10

What are the characteristics of succesful people?
i. Punctual
ii.Proactive

Apakah ciri-ciri individu yang berjaya?
i. Menepati masa
ii.Proaktif

to be continued....

Wednesday, January 13, 2010

Bicara Kokurikulum 02/10 (13/1/10)

Success is not something that comes from thin air, you have to struggle to be there. It's like climbing a hill or a mountain. But when you reach the top you feel happy. So, success is finishing happily what you have started.

Kejayaan adalah menamatkan sesuatu yang anda mulakan dengan perasaan gembira.

Bicara Kokurikulum 01/10 (6/1/10)

What is success?

Success is when you do, not when you talk.

Apa itu kejayaan?

Kejayaan adalah tindakan, bukan percakapan.

Tuesday, January 12, 2010

AKTIVITI KK 02/10

Aktiviti Kokurikulum kali ke-2 tahun 2010
akan diadakan pada:-

Tarikh: 13/1/2010 (Rabu)
Masa : 2.30 ptg. - 5.30 ptg.


Aktiviti :
1. Mesyuarat Agung Kelab Permainan
2. Mesyuarat Agung Persatuan/ Kelab

Semua Murid wajib hadir.

Wednesday, January 6, 2010

AKTIVITI KK 01/2010

Aktiviti Kokurikulum 01/2010 akan bermula pada:
Tarikh : 06/01/2010 (Rabu)
Masa : 2.30ptg. - 5.30ptg

Semua Murid wajib hadir.

1. Mesyuarat Agung Rumah Sukan
2. Mesyuarat Agung Badan Beruniform

Wednesday, October 21, 2009

BICARA KK - 21/10/09

Seni menyeimbangkan makanan - Senaman = Sihat

Salam bertemu kembali kepada warga SMK Dangi. Dua perayaan utama Malaysia, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali telah disambut meriah oleh 1Malaysia dalam jangka masa satu bulan ini. Sudah tentu ada yang terlebih makan dan memikirkan cara untuk menstabilkan keadaan. Tiada masalah, tekadkan diri anda untuk bersenam selama 20 minit setiap hari. Pasti sihat, cergas, dan cerdas.
Dalam ruangan bicara KK sebelum ini kita telah mengetahui tentang masa yang sesuai untuk kita makan sebelum bersenam. Dalam Bicara KK kali ini kita cuba fikirkan pula tentang minuman.
Soalan : Bilakah masa yang sesuai untuk kita minum sebelum bersenam? Berapa banyakkah yang perlu kita minum?
Jawapan: 1 jam sebelum kita mula bersenam. Ya. Kita perlu minum kurang lebih 20 oz air. Proses penghadaman air sebanyak itu mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk keluar dari perut dan sampai ke bahagian otot. Jadi, sekiranya seseorang itu minum 1 jam sebelum bersenam, maka cukup hidrasinya apabila aktif secara fizikal.
Jadi, tunggu apa lagi, mulakan senaman anda pada hari ini secara sistematik. Sehingga berjumpa lagi dalam ruangan Bicara KK, bye.

Thursday, October 15, 2009

Selamat Deepavali dan Selamat Bercuti



Kepada Semua Warga SMK Dangi Yang beragama Hindu diucapkan Selamat Deepavali. Semoga Deepavali pada tahun ini akan membawa kemeriahan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama insan.

Wednesday, October 14, 2009

PERHIMPUNAN BAHASA KEBANGSAAN 2009 SMK DANGI

Majlis Pelancaran
Bulan Bahasa Kebangsaan SMK Dangi

Tarikh : 14 Oktober 2009( Rabu)
Masa : 7.30pg
Tempat : Dewan SMK Dangi

Atur Cara

7.25 pg - Warga SMK Dangi Berhimpun

7.30 pg - Kata aluan Pengerusi Majlis
• Nyanyian Lagu Kebangsaan
• Bacaan Doa
•Ucapan dan Pelancaran Bulan Bahasa
Kebangsaan SMK Dangi 2009
(Pengetua SMK Dangi)
•Persembahan Murid
•Forum Bahasa
•Bersurai

Thursday, October 1, 2009

1 Oktober- Apakah keistimewaannya?

1 Oktober merupakan hari 3 dalam satu. Pelikkan? 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Warga Tua Sedunia. Selain itu, 1 Oktober juga merupakan Hari Hepatitis C Sedunia, dan Hari Vegetarian Sedunia.
" Kami, warga tua sentiasa keseorangan dan rasa bosan menghantui kami," kata seorang guru bersara dari Amman, Jordan.
Jadi, mari kita bersama-sama bertekad menghindarkan perasaan begitu dalam kalangan warga tua, bermula dengan ibu bapa kita. Dalam pada itu, mari kita fikir bersama-sama cara-cara untuk mengurangkan kewujudan Rumah Orang-orang Tua di seluruh Malaysia.

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK

Persembahan daripada Puteri KRS
Para guru menyanyikan lagu "Jalur Gemilang "

Ucapan oleh Pn.Yap Yoke Sim, Pengetua SMK Dangi

Anggota Puteri KRS berarak membawa Jalur Gemilang

Majlis Penutupan Bulan Patriotik SMK Dangi telah berlangsung pada 16 September 2009. Sebelum upacara penutupan, pertandingan kawad kaki telah diadakan antara pasukan Badan Beruniform sekolah ini.

Sebaik tamat pertandingan tersebut Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Dangi, Pn. Yap Yoke Sim. Dalam ucapannya, Pn. Yap telah menyeru agar para hadirin menghayati kemerdekaan negara dan seterusnya berusaha mengekalkannya dengan bersatu hati merentasi bangsa. Beliau juga mengingatkan tentang kepentingan murid-murid berpadu tenaga untuk kemajuan negara bak kata pepatah, Bersatu Kita teguh, bercerai Kita Roboh.

Puncak majlis tersebut ialah perarakan masuk Jalur Gemilang oleh anggota Puteri KRS sambil lagu "Jalur Gemilang" bergema. Seterusnya, Jalur Gemilang telah dilipat dengan rapi dan diserahkan mengikut tertib kepada Tuan Pengetua, Pn. Yap Yoke Sim.

LAWATAN DAN PERTEMUAN MESRA KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPNS

Tanda Terima Kasih SMK Dangi Kepada
Tn.Mohd Isah B Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik
JPNS
Ucapan Selamat Berjaya Kepada Murid-murid SMK Dangi
daripada Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS

Tuan Mohd Isah Bin Ismail
Ketua Sektor Pengurusan Akdemik, JPNS Murid-murid Ting. 3 SMK Dangi mendengar nasihat dan
pedoman Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNS

Pada 16/9/2009(Rabu) SMK Dangi telah menerima kunjungan mesra Tuan Mohd Isah Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS. SMK Dangi sebenarnya bertuah kerana selain mendengar dan memberi input yang positif terhadap peningkatan akademik murid-murid terutamanya calon-calon peperiksaan PMR dan SPM, Tuan Ketua Sektor turut memberi ceramah motivasi kepada calon-calon PMR. Dalam ucapannya Tuan Ketua Sektor menyentuh tentang ciri-ciri murid cemerlang seperti sayang pada diri, keyakinan diri, berfokus, sentiasa berusaha, dan tidak berputus-asa. "Pada masa yang sama jangan lupa menjaga kesihatan anda," kata Tuan Ketua Sektor sebelum mengakhiri ucapannya.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN PATRIOTIK 2009 SMK DANGI




Majlis Perasmian Penutupan
Bulan Patriotik SMK Dangi

Tarikh : 16 September 2009( Rabu)
Masa : 2.00 ptg.
Tempat : Dataran Perhimpunan


Atur Cara

1.50 ptg - Warga SMK Dangi Berhimpun

2.00 ptg - Pertandingan Kawad Kaki

2.30 ptg - Kata aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian Penutupan
(Pengetua SMK Dangi)
Nyanyian lagu Patriotik
Penyerahan Jalur Gemilang
Bersurai

Wednesday, September 9, 2009

Bicara KK

(sambungan artikel minggu lepas)

Apakah kesilapan besar yang biasa dilakukan individu yang bersenam?

Biasanya 2 kesilapan besar dilakukukan oleh individu yang bersenam. Hal ini berkaitan dengan makanan.
Pertama, tidak makan sebelum bersenam. Akibatnya, individu tersebut kurang bermaya untuk meneruskan senaman. Hal ini seterusnya memberi isyarat pada minda individu untuk bertindak balas. Senaman yang dilakukan individu tersebut akan diperlahankan kerana keletihan dan seterusnya berhenti. Semuanya gara-gara tidak cukup tenaga.
Kedua, makan telalu banyak sebelum bersenam. Akibatnya, individu tersebut terlebih muatan perutnya. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut sama ada tidak aktif ataupun langsung hilang niat untuk bersenam.
Justeru, timbul persoalan tentang, bilakah masa yang sesuai untuk individu makan sebelum bersenam? Berapa banyak yang harus individu itu makan? Jawapannya - minggu depan.

Monday, September 7, 2009

Aktiviti KK minggu ini - (9/9/09- Rabu)

Minggu Pembangunan Sains & Teknologi 2009 SMK Dangi

Sempena Minggu Pembangunan Sains & Teknologi 2009 SMK Dangi, beberapa aktiviti akan diadakan untuk murid-murid. Aktiviti-aktiviti ini adalah hasil kerjasama antara Bidang Sains dan Matematik, Persatuan Sains & Matematik, dan Unit Kokurikulum SMK Dangi. Antara aktiviti yang dijangka menarik minat dan perhatian ialah pertunjukan Magic In Science yang akan diadakan pada 9/9/09.

Jom kita ke pertunjukan Magic In Science!

Friday, September 4, 2009

Tahukah Anda?

Menurut para saintis, setiap tahun secara purata seekor Holstein (sejenis lembu) menghasilkan 180 kilogram gas metana (methane) yang dapat menyimpan dan mengeluarkan 25 kali lebih tinggi haba berbanding dengan karbondioksida (carbon dioxide).