Salam bertemu kembali kepada warga SMK Dangi. Dua perayaan utama Malaysia, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali telah disambut meriah oleh 1Malaysia dalam jangka masa satu bulan ini. Sudah tentu ada yang terlebih makan dan memikirkan cara untuk menstabilkan keadaan. Tiada masalah, tekadkan diri anda untuk bersenam selama 20 minit setiap hari. Pasti sihat, cergas, dan cerdas.
Dalam ruangan bicara KK sebelum ini kita telah mengetahui tentang masa yang sesuai untuk kita makan sebelum bersenam. Dalam Bicara KK kali ini kita cuba fikirkan pula tentang minuman.
Soalan : Bilakah masa yang sesuai untuk kita minum sebelum bersenam? Berapa banyakkah yang perlu kita minum?
Jawapan: 1 jam sebelum kita mula bersenam. Ya. Kita perlu minum kurang lebih 20 oz air. Proses penghadaman air sebanyak itu mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk keluar dari perut dan sampai ke bahagian otot. Jadi, sekiranya seseorang itu minum 1 jam sebelum bersenam, maka cukup hidrasinya apabila aktif secara fizikal.
Jadi, tunggu apa lagi, mulakan senaman anda pada hari ini secara sistematik. Sehingga berjumpa lagi dalam ruangan Bicara KK, bye.