Remaja Kawallah emosimu
ZAMAN remaja merupakan peralihan masa ke alam dewasa dan waktu tersebut sangat unik yakni remaja melalui pelbagai perubahan dari segi fisiologi, fizikal dan psikologi. Remaja mengalami perubahan hormon tertentu di dalam badan. Beberapa perubahan fizikal berlaku seperti pembentukan payudara dan datang haid bagi remaja perempuan, perubahan bentuk badan dan suara bagi remaja lelaki. Dari segi psikologi, remaja menuntut lebih banyak kebebasan dan mencari identiti diri sebagai persiapan menuju ke alam dewasa. Hal ini selaras dengan kemahiran berfikir remaja yang jauh lebih baik berbanding dengan zaman kanak-kanak. Oleh itu, zaman remaja merupakan detik kritikal kerana remaja perlu menyesuaikan diri bukan sahaja dengan perubahan yang berlaku tetapi juga bertanggungjawab mencari identiti diri dan melakukan persiapan menuju ke alam dewasa yang lebih mencabar. Kebanyakan remaja berjaya melalui cabaran ini tanpa sebarang masalah besar dengan bimbingan daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sebaya. Walau bagaimanapun, ada juga sebilangan remaja yang kurang bernasib baik dan gagal mengharungi zaman remaja dengan baik. Hal sedemikian telah menjerumuskan remaja dengan gejala sosial yang kurang sihat seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, ketagihan dadah, seks luar nikah dan jenayah....