22/7/2009
Aktiviti Kokurikulum SMK Dangi akan diteruskan pada hari ini mulai pukul 2.30 ptg. Bahagian pertama aktiviti tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti Unit Uniform. Bahagian kedua adalah berkaitan aktiviti Persatuan/Kelab. Untuk bahagian kedua aktiviti KK, Ceramah berkenaan dengan Gerhana Matahari dan hal-hal berkaitan dengannya oleh guru-guru bidang Sains akan dilaksanakan . Seterusnya Kuiz berkenaan dengan gerhana matahari turut akan diadakan di Dewan Anjung Seri SMK Dangi.