flashvortex

Wednesday, July 22, 2009

CUBAAN MENCERAP GERHANA MATAHARI DAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


22 Julai 2009, 8.30 pagi, Solat Sunat Gerhana Matahari telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam. Semua murid dan guru yang beragama Islam mengambil bahagian di Surau SMK Dangi.
Namun, cubaan mencerap gerhana matahari separa yang sepatutnya dapat dilihat tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca mendung. Para murid kecewa kerana hajat mereka tidak kesampaian walaupun sudah bersedia dengan peralatan untuk mencerapnya seperti besen berisi air, negatif filem dan sebagainya.