flashvortex

Monday, August 10, 2009

H1N1: 6 lagi kematian dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam lagi kes kematian akibat H1N1 dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 32 kematian di seluruh negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes kematian itu adalah antara 203 kes baru yang dilaporkan dan semuanya membabitkan jangkitan tempatan dan rakyat negara ini. Katanya, daripada enam kematian itu, hanya satu berlaku semalam manakala manakala tiga kelmarin dan dua lagi Rabu lalu dengan empat daripada kes kematian itu membabitkan kumpulan berisiko.

"Bilangan keseluruhan jangkitan H1N1 di seluruh negara kini ialah 1,983 kes," katanya dalam kenyata media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Katanya, daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), selepas bersalin (1) dan bayi (1).

Merujuk kepada situasi global, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian dilaporkan di 174 negara. "Ia adalah peningkatan sebanyak 1,066 kes dengan 100 kematian berbanding hari sebelumnya," katanya.

Perkembangan mutakhir setakat jam 16:43 dilaporkan di Berita Harian Online.

Posted by: Zul Ezam Kamarul Ariffin