Chong Wei mara ke pusingan kedua
10/08/2009 11:00pm
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengiringi pemain wanita utama negara Wong Mew Choo untuk mara ke pusingan kedua kejohanan badminton dunia di Hyderabad malam ini.
Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menundukkan pemain Jerman Dieter Domke 21-14, 21-10.
Bagaimanapun nasib Lee Tsuen Seng berbeza apabila tumpas kepada pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 7-21, 13-21.
Beregu wanita, Lim Yin Loo-Marylen Poau juga gagal meneruskan persaingan apabila tewas 8-21, 16-21 kepada pasangan Shizuka Matsuo-Mami Naito dari Jepun.
Beregu campuran, Mohd. Razif Latif-Woon Khe Wei juga terkulai di tangan Valeriy Atrashchenkov-Elena Prus dari Ukraine 17-21, 21-9, 17-21.
"Majulah Sukan Untuk Negara"
Dipetik dari Utusan Malaysia Online
Posted by: M. Faisal Jalal
S/U Sukan SMK Dangi