flashvortex

Monday, August 17, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

Para pelajar sedang meneliti dan menjawab soalan

Sebahagian pelajar yang menduduki peperiksaan

PEPERIKSAAN BERJALAN LANCAR

Johol, 17 Ogos - Peperiksaan Percubaan SPM yang sedang berlangsung di SMK Dangi berjalan lancar walaupun negara kita sedang dilanda penyakit wabak Influenza A H1N1 yang kini kian mengancam keadaan kesihatan di seluruh negara.

Sebelum melangkah ke dalam dewan peperiksaan, salah seorang pelajar, K. Shashitharhan berkata dia berasa tidak sabar untuk menghadapi peperiksaan tersebut dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai keputusan yang memuaskan.

"Saya mensasarkan sekurang-kurangnya keputusan 4A dalam peperiksaan percubaan ini", kata Phang Bee Wun, pelajar harapan SMK Dangi bagi peperiksaan SPM 2009.

Semoga para pelajar akan dapat menjawab soalan dan seterusnya mempertingkatkan tahap kecemerlangan diri menjelang peperiksaan SPM yang sebenar yang akan bermula pada bulan November ini.