JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran mengarahkan pemeriksaan suhu badan setiap murid dan pelajar di semua sekolah seluruh negara sebelum waktu persekolahan bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1). Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua murid yang mempunyai suhu badan melebihi 37.6 darjah Celsius akan diarahkan menjalani kuarantin rumah dan sampel akan diambil bagi menentukan sama ada mereka menghidap H1N1. "Kita sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan prosedur ini, dengan menempatkan kakitangan perubatan.
“Ia adalah langkah yang diambil bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa supaya terus menghantar anak mereka ke sekolah," katanya yang mengadakan pertemuan dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenanga, Tampoi di sini, selepas seorang murid Tahun Enam sekolah itu meninggal dunia akibat H1N1, Ahad lalu.
Sumber: Berita Harian Online
Posted by: Zul Ezam Kamarul Ariffin
Guru Data SMK Dangi