flashvortex

Showing posts with label Dipetik dan diubahsuai oleh: Darma. Show all posts
Showing posts with label Dipetik dan diubahsuai oleh: Darma. Show all posts

Monday, October 12, 2009

BICARA KK

Selamat bertemu kembali dalam ruangan Bicara KK.

Rakyat Malaysia memang bertuah. Selain dikurniakan Tuhan bumi yang subur, negara yang kita cintai ini juga kaya dengan bahan galian yang pelbagai. Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perayaan, dan banyak cuti serta rumah terbuka menjadi amalan tradisi Keluarga 1Malaysia. Itu merupakan kelebihan istimewa Malaysia. Kita harus bangga menjadi sebahagian daripadanya.
Pada kali ini, mari kita berbincang tentang penyakit yang berkaitan dengan makanan, terutamanya pada musim perayaan, iaitu cirit-birit atau dikenali juga sebagai diarhea. Ikuti petikan di bawah dan renungkan.

Awas Apa Yang Dimakan, Anda Boleh Kena Diarhea
Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penulis ini menyambut satu Syawal di sebuah petempatan Felda di Triang, Pahang. Pada sebelah malamnya penulis dan beberapa anggota keluarga beliau mengalami sakit perut dan cirit-birit (diarhea).Semasa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya, beliau mendapati agak ramai pesakit yang sedang menunggu giliran berjumpa doktor."Ramai yang mengadu sakit perut dan cirit-birit pada sebelah malam, mungkin kerana makan banyak menyambut Aidilfitri," kata seorang jururawat di klinik itu.
Seorang pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Rajan berkata jika seseorang membuang air besar dan najisnya begitu cair, lebih tiga kali dalam sehari, berkemungkinan dia sedang mengalami diarhea.
"Diarhea jenis akut ialah masalah biasa dan lazimnya diarhea ini berlanjutan satu atau dua hari sahaja dan akan hilang tanpa apa-apa rawatan khas," kata beliau.Dr Rajan berkata diarhea akan menyerang tidak kira umur dan biasanya seorang dewasa akan mengalami diarhea lebih kurang lima kali dalam setahun.

DIARHEA BERLANJUTAN

Cirit-birit yang berlanjutan lebih daripada dua hari mungkin tanda bagi masalah yang lebih serius dan boleh menyebabkan dehidrasi (badan terlampau kering dan kekurangan cecair), menurut seorang pegawai perubatan di sebuah hospital awam di sini.
"Diarhea boleh menyebabkan dehidrasi di mana badan manusia menjadi kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Ini memang mudarat dan bahaya terutama bagi anak kecil dan orang tua. Kalau mereka kena diarhea, rawatan perlu diberikan dengan segera untuk mengelak daripada komplikasi yang serius," kata beliau.Kata pegawai perubatan itu, selain salah makan, diarhea yang akut juga boleh disebabkan jangkitan kuman, virus atau parasit manakala diarhea yang kronik biasanya berkaitan dengan sindrom iritasi atau penyakit radang usus.

SIMPTOM DIARHEA
Apabila ada diarhea, akan ada juga kejang otot, sakit di bahagian abdomen (perut) kembung perut, rasa mual serta perlu untuk menggunakan tandas dengan segera dan berulang-kali."Kalau anak anda diserang diarhea, janganlah berlengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana memang bahaya bagi bayi atau anak kecil. Hal ini juga menyebabkan dehidrasi berlaku dalam jangka masa satu atau dua hari dan seorang anak kecil boleh meninggal dunia jika berlakunya dehidrasi selama beberapa hari.
"Rawatan utama bagi kanak-kanak yang diserang dehidrasi ialah dengan menggantikan cecair yang hilang dengan secepat mungkin," kata pegawai perubatan itu.Apabila berlaku dehidrasi, badan akan hilang banyak cecair serta elektrolit dan ini menyebabkan kegagalan berfungsi dengan sempurna.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR
Kebiasaannya diarhea tidaklah berbahaya bagi seorang dewasa tetapi ia mungkin merupakan gejala bagi masalah yang lain. Seseorang yang diserang diarhea perlu dengan segera dapatkan nasihat doktor apabila mengalami keadaan seperti berikut:- diarhea berlanjutan lebih daripada tiga hari- sakit teruk di bahagian abdomen atau dubur- suhu badan/demam yang tinggi- najis berdarah
RAWATAN
Menurut pegawai perubatan itu, dalam kebanyakan kes diarhea, penggantian cecair yang hilang untuk menghalang dehidrasi daripada berlaku sudah memadai."Ubat yang bertindak menghalang cirit-birit boleh membantu, tetapi tidak digalakkan bagi kes diarhea yang disebabkan jangkitan bakteria atau parasit.
"Kalau diarhea dihentikan sebelum semua bakteria dan parasit keluar dari badan, anda mungkin memerangkap kuman-kuman ini di dalam usus dan ini akan memanjangkan masalah yang berlaku. Biasanya doktor akan memberikan antibiotik.
Bagi jangkitan virus, ubat akan diberikan atau dibiarkan sahaja bergantung pada jenis virus dan sama ada serius atau tidak diarhea itu".Beliau ada nasihat untuk mereka yang diserang diarhea."Kalau diarhea belum reda, elakkan makanan atau minuman yang berkafein, produk susu, juga makanan yang berminyak, mengandungi fiber yang tinggi atau yang sangat manis. Makanan ini boleh memburukkan lagi cirit-birit".Beliau mengulangi bahawa diarhea merupakan masalah biasa dan akan hilang dengan sendiri. Namun, kadangkala diarhea juga boleh menjadi berbahaya jika seseorang yang diserang cirit-birit mengalami dehidrasi.-- BERNAMA

Tuesday, September 8, 2009

International Literacy Day: September 8, 2009

On September 8, the nation and the world will celebrate International Literacy Day, a declaration first proclaimed by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) in 1965. UNESCO will use this year’s theme, The Power of Literacy, to highlight the empowering role of literacy and its importance for participation, citizenship and social development. The observance, according to UNESCO, will also serve as a reminder to the international community of the status of literacy and adult learning globally.
Today one in five adults is still not literate and two-thirds of them are women while 75 million children are out of school. Since its founding in 1946, UNESCO has been at the forefront of global literacy efforts and is dedicated to keeping literacy high on national, regional and international agendas. However, with some 776 million adults lacking minimum literacy skills, literacy for all remains an elusive target.

Hari Literasi Antarabangsa – September 8, 2009

Tema : Kuasa Literasi
Sejak deklarasi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun 1965, 8 September setiap tahun seluruh dunia merayakannya sebagai Hari Literasi Sedunia.
Menurut UNICEF Malaysia, sekurang-kurangnya sembilan daripada 10 orang dewasa di Malaysia pada hari ini boleh membaca dan menulis – iaitu bilangan yang telah meningkat sebanyak 33% dalam masa 30 tahun yang lepas, disebabkan oleh polisi-polisi pendidikan yang memastikan pendidikan sekolah rendah yang wajib dan peningkatan pendaftaran di peringkat sekolah menengah.
Perangkaan pada tahun 2005 juga menunjukkan bahawa lebih daripada 96% kanak-kanak di Malaysia telah berdaftar di sekolah rendah dengan hampir 98% daripada mereka yang berdaftar pada tahun 2000 telah berjaya menamatkan pelajaran di Darjah Enam.
Namun begitu, pihak kerajaan juga mengenalpasti jurang-jurang yang terdapat dari segi akses, kesaksamaan dan kualiti pendidikan, terutama sekali dalam kalangan kumpulan kanak-kanak yang lemah dan terdedah termasuklah kanak-kanak yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman dan anak-anak Orang Asli.

Monday, August 31, 2009

Anda Mampu Bernyanyi Lagu Kebangsaan 83 Buah Negara? Tiada Masalah Bagi Anak Jati KL : Oleh Ummi Nadiah Rosli

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- "Saya suka bernyanyi", katanya penuh bersemangat.Beberapa detik kemudian, beliau dengan secara spontan menyanyikan sebuah lagu bahasa asing yang rentak dan temponya boleh membuatkan pendengar mahu menggoyangkan dan menghentakkan kaki mengikut irama.

Tetapi apa pula yang dinyanyikan beliau hingga membuatkan pendengar agak terpegun?"Itulah lagu kebangsaan (negara) Itali. Nombor 21 dalam senarai (ini)," kata beliau sambil menghulurkan sekeping kertas yang mempunyai senarai nama negara di dunia.

Sekali imbas daripada apa-apa yang tertera dalam senarai itu mendapati Kanada terletak di tempat paling atas dan Turkmenistan pada kedudukan paling bawah. Di antaranya tersenarai nama negara lain seperti Bulgaria, Maghribi dan Vanuatu.

Itulah Thean See Xien, 23, seorang anak jati Kuala Lumpur yang mempunyai kebolehan menyanyikan lagu kebangsaan 83 buah negara asing.

Jika anak-anak muda dalam lingkungan umur beliau biasanya sibuk menghafal lagu-lagu 'hit' dari carta radio, hobi Thean pula menghafal lagu kebangsaan pelbagai negara.

Selain mempamerkan semangat patriotik, sesebuah lagu kebangsaan itu biasanya menjadi tunggak kepada jiwa sebuah negara. Simbol sejarah dan bahasanya memberikan pengertian khusus kepada semangat rakyat sesebuah negara itu serta perjuangan dan aspirasinya

Kaunselor bagi Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan, Andre van de Venter berkata lagu kebangsaan negaranya "Nkosi sikelel' iAfrika" mengandungi empat daripada 11 bahasa rasmi negara itu.

Dengan keupayaan beliau menyanyikan lagu kebangsaan dari pelbagai negara, Thean telah mengajak mereka yang lain untuk merentas jurang perbezaan budaya dan bangsa.Bertepatan dengan sambutan hari Merdeka, Thean boleh dianggap satu inspirasi untuk rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegakkan konsep 1Malaysia.

"Menyedari betapa berharganya lagu kebangsaan sesebuah negara itu membuatkan saya lebih menghayati lagu kebangsaan negara sendiri. Apabila mendengar (dan menyanyikan) 'Negara Ku', semasa saya di UK dulu, rindu terhadap kampung halaman terubat juga dan sehingga hari ini saya tetap terusik apabila mendengarnya", katanya dengan bangga.-- BERNAMA