Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- "Saya suka bernyanyi", katanya penuh bersemangat.Beberapa detik kemudian, beliau dengan secara spontan menyanyikan sebuah lagu bahasa asing yang rentak dan temponya boleh membuatkan pendengar mahu menggoyangkan dan menghentakkan kaki mengikut irama.
Tetapi apa pula yang dinyanyikan beliau hingga membuatkan pendengar agak terpegun?"Itulah lagu kebangsaan (negara) Itali. Nombor 21 dalam senarai (ini)," kata beliau sambil menghulurkan sekeping kertas yang mempunyai senarai nama negara di dunia.
Sekali imbas daripada apa-apa yang tertera dalam senarai itu mendapati Kanada terletak di tempat paling atas dan Turkmenistan pada kedudukan paling bawah. Di antaranya tersenarai nama negara lain seperti Bulgaria, Maghribi dan Vanuatu.
Itulah Thean See Xien, 23, seorang anak jati Kuala Lumpur yang mempunyai kebolehan menyanyikan lagu kebangsaan 83 buah negara asing.
Jika anak-anak muda dalam lingkungan umur beliau biasanya sibuk menghafal lagu-lagu 'hit' dari carta radio, hobi Thean pula menghafal lagu kebangsaan pelbagai negara.
Selain mempamerkan semangat patriotik, sesebuah lagu kebangsaan itu biasanya menjadi tunggak kepada jiwa sebuah negara. Simbol sejarah dan bahasanya memberikan pengertian khusus kepada semangat rakyat sesebuah negara itu serta perjuangan dan aspirasinya
Kaunselor bagi Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan, Andre van de Venter berkata lagu kebangsaan negaranya "Nkosi sikelel' iAfrika" mengandungi empat daripada 11 bahasa rasmi negara itu.
Dengan keupayaan beliau menyanyikan lagu kebangsaan dari pelbagai negara, Thean telah mengajak mereka yang lain untuk merentas jurang perbezaan budaya dan bangsa.Bertepatan dengan sambutan hari Merdeka, Thean boleh dianggap satu inspirasi untuk rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegakkan konsep 1Malaysia.
"Menyedari betapa berharganya lagu kebangsaan sesebuah negara itu membuatkan saya lebih menghayati lagu kebangsaan negara sendiri. Apabila mendengar (dan menyanyikan) 'Negara Ku', semasa saya di UK dulu, rindu terhadap kampung halaman terubat juga dan sehingga hari ini saya tetap terusik apabila mendengarnya", katanya dengan bangga.-- BERNAMA
flashvortex
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Saturday, August 29, 2009
Adakah anda termasuk dalam kategori ini?
Rakyat Malaysia Masih Kurang Faham Mengenai A(H1N1) - WHO
By: Ramjit KUALA LUMPUR , 29 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa kefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak influenza A(H1N1) dan cara penularannya masih rendah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan WHO yang diperoleh pada Khamis lepas menunjukkan orang awam masih tidak mengambil serius tentang bahaya penyakit ini, yang sekaligus menyebabkan peningkatan terhadap kes-kes H1N1.Beliau berkata daripada empat kempen yang dijalankan iaitu kempen pemakaian penutup mulut dan hidung, kebersihan diri, penggunaan pencuci tangan dan mencuci tangan, hanya kempen pemakaian penutup hidung dan mulut sahaja yang berjaya memberi kesedaran terbaik kepada orang ramai.
"Sepanjang bulan Mei hingga Ogos, walaupun banyak kempen kesedaran mengenai langkah-langkah membendung Influenza A(H1N1) dilakukan, pengetahuan orang ramai masih rendah, termasuk golongan yang berisiko tinggi.
"Nampaknya maklum balas dan kesedaran orang ramai masih lagi rendah, Kita tidak mampu lagi untuk bersikap sambil lewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Bersama Hentikan HINI" anjuran MCA di sini pada Sabtu.
Liow berkata Kementerian Kesihatan baru-baru ini meminta bantuan daripada WHO yang menghantar tiga pakarnya untuk membuat pemantauan mengenai pandemik di negara ini selain meninjau kempen publisiti yang dijalankan dan maklum balas orang ramai terhadap kempen.Katanya kementerian akan terus meningkatkan kempen kesedaran mengenai penyakit itu melalui forum, ceramah dan pameran dengan penyertaan badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik dengan sokongan media massa.
Liow berkata WHO berpuas hati dengan langkah proaktif pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung wabak ini."Mereka tahu kita mempunyai sistem yang peka dan berupaya menjejaki dan mengesan pesakit A(H1N1) dengan pantas. Kita boleh mengesan dan merawat mereka dengan cepat," katanya.
Katanya walaupun kadar kematian di Malaysia agak tinggi, ia masih dalam lingkungan dan jangkauan WHO. Setakat ini angka kematian di Malaysia masih kekal pada 71 kes.
Liow berkata WHO turut mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya membina lebih banyak katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital seluruh negara bagi menampung kemasukan pesakit-pesakit golongan berisiko tinggi.
"Cadangan daripada WHO ini akan dilaksanakan pihak kementerian kerana sesetengah hospital di negara ini mengalami kesesakan ekoran peningkatan mereka yang dirawat di dalam wad akibat H1N1," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat ketika melancarkan kempen itu menggalakkan orang ramai, terutamanya masyarakat Cina menggunakan sudu hidangan ketika makan, sebagai satu langkah mengawal penularan virus H1N1.
"Adab di meja makan terutamanya masyarakat Cina harus diubah daripada penggunaan kayu penyepit untuk makan dan mengambil makanan kepada menggunakan sudu hidangan," katanya.
Pada majlis itu, Ong turut menyampaikan pek kebersihan yang mengandungi sabun, pencuci tangan dan poster kepada Pengerusi-pengerusi Perhubungan MCA negeri-negeri.-- BERNAMA
Wednesday, August 26, 2009
Siapa kata tanah diperlukan untuk pertanian?
Sayur-Sayuran Dihasilkan Daripada Teknologi Canggih-HIDROPONIK
By: Ramjit-->Daripada Chiang Hee TzeTOKYO, 25 Ogos (Bernama) --
Bayangkan suatu masa nanti apabila tiada tanah lagi untuk penanaman. Bagaimana kita memperoleh makanan daripada tumbuh tumbuhan segar?
Jepun nampaknya menawarkan penyelesaian berkenaan.
Sebuah kilang mengeluarkan sayur-sayuran berasaskan teknologi bilik mesra alam telah dimajukan dengan pelbagai perubahan sejak berdekad.Teknologi tersebut kini lebih memberi penekanan terhadap hidroponik, yang memerlukan hanya air dan nutrien untuk mengawal penanaman tumbuh-tumbuhan.
Sayur-sayuran biasa kebanyakannya tidak stabil disebabkan oleh iklim tetapi kilang penanaman ini berjaya mengekalkan kestabilannya sepanjang tahun dan menjadikan usaha mengeluarkan sayur-sayuran segar tanpa mengira masa menjadi suatu yang tidak mustahil, kata Presiden Mirai Co. Ltd, Shigeharu Shimamura, dan juga pengasas teknologi untuk kilang sayur-sayuran itu.
Beliau berkata demikian semasa taklimat media di sini sempena mesyuarat perniagaan makanan Jepun anjuran Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO).Mirai ditubuhkan pada 2004 dan bersama-sama dengan rakan teknologinya, OZU Corporation yang kemudian mendirikan "OZU Fuchu Factory" seluas 500 meter persegi pada 2006. Sejak itu ia menjalankan perniagaan sayur-sayuran.
Mengenai teknolgi berkenaan, Shigeharu berkata medium nutrien dan persekitaran yang dikawal juga memungkinkan sayur-sayuran mempunyai kualiti nutrisi yang lebih tinggi.Tidak seperti penanaman di ladang terbuka, sayur-sayuran kilang itu lebih manis setelah kepahitan dan baunya dapat dikawal, kata beliau.
Model perniagaan atau pengeluaran hasil tanaman ini boleh berfungsi dalam bangunan, katanya."Pengusaha boleh mengeluarkan sayur-sayuran atau herba yang diperlukan dalam pasaran. Saiz, kuantiti atau kualiti boleh dioptimumkan," katanya.
Sementara itu, penyelia fakulti OZU Corporation, Yuichi Kaneko berkata kaedah biasa penanaman sayur-sayuran berdepan dengan risiko seperti penyakit dan serangan serangga dan kaedah hidroponik ini boleh mengurangkan risiko itu.Syarikat berkenaan telah menghasilkan sayur-sayuran seperti salad, selada air, sawi dan banyak lagi, yang kini dijual di restoran terkenal. Sayur-sayuran itu juga dijual kepada syarikat pembekal dan pasar raya.-- BERNAMA
(Dipetik dan diubahsuai)
TAZKIRAH RAMADHAN SIRI 5
Setiap amalan akan dapat pembalasan setimpal
SETIAP amalan baik yang dilakukan Muslim di dunia ini akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Dengan berpandukan Al-Quran segala amalan dan kewajipan dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan beramal kepada Allah SWT. Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini tidak boleh membantu kita untuk ke jalan Allah, melainkan amal ibadah saja yang dapat membantu kita untuk memperoleh segala nikmat pada alam akhirat nanti. Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud; "Hai orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya." (Ali Imran: 102).
Amalan itu adalah solat lima waktu, solat sunat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan berpuasa sunat, menunaikan haji dan umrah serta amalan yang lain seperti bersedekah dan melakukan amal jariah. Allah berfirman yang bermaksud; "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." ( At-Taubah:105). Ayat ini jelas membuktikan bahawa amalan yang baik yang dilakukan dengan penuh keimanan akan mendapat balasan pahala di akhirat nanti. Beriman kepada Allah SWT, tauhid dan menghambakan diri dengan tidak menyekutukan-Nya akan mengukuhkan keimanan dalam jiwa setiap Muslim.
Dalam hadis lain, yang diriwayatkan Tasuban r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; " Barang siapa yang mati dalam keadaan bebas dari tiga perkara, yakni kesombongan, dendam dan hutang, nescaya dia akan masuk ke syurga." (Riwayat Tirmidzi dan Syaibani). Amalan yang baik yang dilakukan secara berterusan sangat digalakkan dalam Islam. Oleh itu lakukan segala amalan yang baik dalam kehidupan ini bagi mendapat keredaan Allah SWT. Kesimpulannya, sifat yang baik dan amalan yang mulia yang dilakukan oleh seseorang Islam itu yang diterima Allah akan membawa ke syurga. Jadikan keimanan dan ketakwaan dalam setiap amalan kepada Allah untuk menuju ke syurga-Nya.

Tuesday, August 25, 2009
Bicara KK :- Diet Yang Tinggi Lemak Rendahkan IQ !
Tahukah anda bahawa, diet yang tinggi kandungan lemaknya boleh merendahkan IQ individu?
Selain menjadikan individu semakin gemuk, diet yang tinggi lemaknya seperti kari, kebab, burger, dan kentang goreng boleh menyebabkan individu mempunyai IQ rendah.
Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Oxford, terhadap sekumpulan tikus yang diberi makanan yang tinggi kandungan lemak selama kurang daripada 10 hari mendapati bahawa memori jangka pendek tikus-tikus tersebut telah rosak. Hal ini menyebabkan tikus-tikus tersebut hilang kewarasan mental dan abiliti pergerakan mereka berkurangan secara mendadak.
Pada pandangan pakar biologi tersebut, hasil kajian itu menunjukkan bahawa ada kaitan antara apa-apa yang dimakan manusia dengan cara manusia berfikir, serta bertindak.
Para saintis tersebut, kini sedang mengkaji kesan jangka pendek diet tinggi lemak terhadap manusia.
(Dipetik, diubahsuai dan diterjemahkan daripada artikel yang diterbitkan dalam - Daily Mail)

Puasa Ramadan bantu tingkat ketahanan badan
Kajian menunjukkan amalan menahan makan dan bertadarus memberikan ketenangan
PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini. Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan. Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.
Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan. "Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah. "Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan," katanya.

PESURUHJAYA Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad (dua dari kanan) bersama penerima anugerah (dari kiri) Kenny Hwang, Ileana Celestine dan Shaiful
Anak penjual nasi lemak pelajar terbaik di Australia
Shaiful terima anugerah The Patron's Trophy
MELBOURNE: Anak penjual nasi lemak dari Taiping, Perak menerima anugerah berprestij selepas dipilih pelajar terbaik Malaysia pada peperiksaan tahun akhir di Universiti Adelaide, Australia Selatan. Shaiful Zakaria, 24, pelajar Ijazah Sarjana Seni Bina, menerima anugerah The Patron's Trophy pada majlis tahunan penyampaian Anugerah Merdeka, anjuran Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC) bagi kawasan Australia Selatan di Adelaide.
Selain trofi, Shaiful menerima sijil, komputer riba dan wang tunai A$1,500 atau kira-kira RM4,410 daripada AMBC. Penaung anugerah, Sir Eric Neal, bekas Gabenor Australia Selatan memberi sumbangan peribadi sebanyak A$1,500 kepada Shaiful. Pemenang kedua adalah Kenny Hwang, dari Johor Bahru, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, juga dari Universiti Adelaide, menerima sijil dan A$1,000 atau kira-kira RM2,940. Tempat ketiga dimenangi Ileana Celestine Soon Yin Ying dari Kota Kinabalu, Sabah, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti of South Australia.
Shaiful, 24 berkata, ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan sangat gembira menerima anugerah itu. Beliau berkata, bapanya, Zakaria Husain dan ibu, Jamaliah Shariff hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan menjual nasi lemak dan kuih muih di gerai mereka di Taiping. “Mereka bekerja keras untuk menyara saya dan adik beradik lain. Itu mendorong saya belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan cemerlang, sekali gus dapat membanggakan mereka,” katanya. Shaiful, yang telah beberapa kali mendapat anugerah dan penghormatan sebagai pelajar di Universiti Adelaide berkata: “Setiap kejayaan yang saya capai adalah khas untuk kedua ibu bapa saya."
Beliau menyambung pelajaran di Adelaide pada 2005 di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan selepas menyesuaikan dirinya dengan cuaca dan kehidupan di sana, Shaiful memberi tumpuan dalam pelajarannya dan kini mempunyai ramai kenalan terutama warga Australia dan rakan senegara. Beliau juga tidak sabar untuk pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian dan berharap dapat meneroka konsep seni bina hijau, memandangkan Malaysia kaya dengan sumber khazanah alam. - Bernama
LIOW (kiri) bersama Dr Ismail pada sesi taklimat bersama media, di Putrajaya, semalam.
400,000 dos vaksin ditempah
Kementerian terima bekalan bernilai RM14 juta Oktober, Januari depan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah menempah 400,000 dos vaksin Influenza A (H1N1) bernilai RM14 juta yang dijangka diterima pada Oktober dan Januari depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata vaksin itu mampu memenuhi keperluan 200,000 rakyat negara ini dan pihaknya bersedia menambah stok bekalan vaksin itu dari semasa ke semasa. "Suntikan vaksin akan diberikan kepada petugas hadapan khususnya kakitangan kementerian yang berurusan secara langsung dengan pesakit dan golongan yang berisiko tinggi seperti obesiti serta pengidap diabetes," katanya selepas mempengerusikan majlis dialog bersama media mengenai langkah menangani pandemik H1N1 di sini, semalam.
Liow turut mengingatkan semua doktor di klinik dan hospital swasta supaya mematuhi Garis Panduan Pencegahan H1N1 dikeluarkan kementerian. "Kementerian akan mengadakan pertemuan dengan doktor klinik dan hospital swasta minggu ini bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan ditetapkan.
Pematuhan terhadap garis panduan ini bertujuan memastikan doktor dapat memberikan bantuan serta rawatan tepat dan cepat kepada pesakit ," katanya. Mengenai ubat antiviral, Liow berkata, semua klinik dan hospital swasta boleh mendapatkan bekalan ubat itu daripada pembekal pada harga RM80 sekotak berbanding RM160 hingga RM180 sekotak sebelum ini. Katanya, langkah itu bertujuan memudahkan klinik dan hospital swasta merawat pesakit yang disahkan positif H1N1.
TAZKIRAH RAMADHAN SIRI 4
Rasulullah SAW mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: "Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya".
Ramai kalangan ahli fikah, ahli sufi dan ulama yang lain membahaskan makna hadis ini dengan lebih terperinci. Di antara huraian mereka ialah :
Pertama: Seseorang yang berpuasa akan meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata-mata kerana Allah SWT. Jika diteliti, perkara demikian tidak terdapat pada ibadah yang lain melainkan di dalam puasa.
Misalnya, bagi seseorang yang solat terpaksa meninggalkan keinginan syahwatnya termasuk makan dan minum, namun masanya tidak panjang seperti masa berpuasa. Malah, orang yang hendak mengerjakan solat, makruh mengerjakan solat dalam keadaan dirinya berkeinginan untuk makan.
Oleh itu, disuruh mendahulukan makan daripada solat. Berbeza keadaannya bagi orang yang berpuasa. Dia perlu menahan nafsunya dan keletihan berpuasa sepanjang waktu siang. Bahkan sesetengah negara, ia terpaksa menahan dahaga dan lapar dalam cuaca yang amat panas atau sejuk.
Sekalipun orang yang berpuasa kadang-kala terlalu berkeinginan untuk mendapatkan apa yang diinginkan oleh nafsunya, tetap juga ditinggalkan semata-mata kerana Allah, walaupun perkara tersebut boleh didapati atau dilakukan di tempat yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun.
Ini menunjukan tanda keimanannya yang sahih dan benar. Orang yang berpuasa mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya, sekali pun ketika berada di tempat yang tersorok atau tersembunyi. Lantaran itu, Allah berfirman selepas itu, maksudnya: "Sesungguhnya dia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku".
Sebahagian salafussoleh berkata: "Berbahagialah orang-orang yang meninggalkan syahwatnya kerana suatu janji ghaib yang tidak dapat dilihatnya".
Apabila seseorang mukmin yang berpuasa itu yakin bahawa Allah meredainya ketika dia meninggalkan syahwatnya demi keredaan Tuhannya, maka dia beroleh kelazatan dengan meninggalkan nafsu syahwatnya lantaran keimanan dan keyakinannya itu. Dia memandang bahawa pahala atau azab yang bakal diperolehinya adalah lebih besar daripada kelazatan tidak berpuasa yang tidak dilihat oleh orang lain. Bahkan, bagi sesetengahnya kebencian melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut adalah lebih besar daripada ketakutan terhadap azab seksa akhirat akibat tidak berpuasa.
Oleh kerana inilah, kebanyakan orang yang beriman, sekali pun mungkin terlintas membatalkan puasa Ramadan tanpa sebarang keuzuran, tidak akan melakukannya. Sebabnya, mereka mengetahui bahawa Allah SWT akan murka terhadapnya sekiranya dia berbuka. Inilah tanda keimanan seseorang mukmin.
Maka kelazatannya berpindah kepada perkara yang diredai Allah SWT sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan kehendak nafsunya. Malah dia berasa perit untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sekali pun perkara itu cocok dengan kehendak syahwatnya.
Kedua: Puasa juga adalah rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. Ia tidak dapat dilihat atau ditinjau oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Sehingga dikatakan bahawa amalan puasa tidak dicatat oleh Malaikat Hafazah (pencatat amalan). Demikianlah sekelumit kecil daripada kebesaran dan kemuliaan Ramadan yang melayakkannya dianggap sebagai Tamu Agung yang datang berkunjung. Wajiblah bagi kita menyambut, melayan dan menunaikan segala hak tetamu istimewa ini, yang belum tentu akan datang berkunjung lagi dalam hidup kita, dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

Monday, August 24, 2009
H1N1; Wanita berusia 38 tahun korban terbaru
PUTRAJAYA: Selepas 3 hari berlalu tanpa sebarang korban virus H1N1, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mangsa sebelum ini mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas menghidapi demam dan batuk selama dua hari. Katanya, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif Influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antiviral Tamiflu.
"Lima hari selepas menerima rawatan untuk Influenza A, pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 20 Ogos selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan 'cyanosis'. "Mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan diberikan rawatan Tamiflu, namun disahkan meninggal dunia pada 20 Ogos akibat pneumonia dan keputusan swab tekak pada 20 Ogos mengesahkan mangsa positif H1N1," katanya selepas taklimat media di sini.

RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 3
Upin & Ipin ke peringkat antarabangsa
FILEM Geng: Pengembaraan Bermula telah mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Audience Choice Award dalam Indonesian International Film Festival for Kids 2009 (Kidsfest 2009) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Filem anismasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia ini merupakan satu-satunya filem tempatan yang tercalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati' (Thailand), The Letter for the King (Belanda), Mia & The Migoo' (Perancis), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan 'Teo's Voyage' (Mexico).
Filem hasil karya Produksi Les' Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang telah berjaya menambat hati penonton.
Filem tersebut buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex pada 18 Julai lepas.
Kembar kesayangan ramai ini telah pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun lepas.
Dengan sambutan yang hebat ini, Produksi Les' Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ia ditayangkan di Blitz Megaplex, Indonesia September ini.
Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan tayangan perdana di Indonesia.
Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya.
Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun lalu.
Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan.
Siri mini Upin & Ipin kini telah pun memasuki musim ketiga dengan cerita yang lebih menarik dan berintipatikan imej global.
Produksi Les' Copaque berharap ini akan menjadi pemangkin pada jualan barangan Upin & Ipin serta akan menambahkan lagi bilangan peminat apabila filem Upin & Ipin Angkasa yang dijangka muncul pada 2011.
Geng akan meneruskan lagi perjuangannya untuk ke peringkat antarabangsa dan bakal menggegarkan pawagam di India pada bulan November ini berikutan minat yang mendalam dari syarikat antarabangsa.
Trailer yang telah dialih bahasa ke bahasa Hindi boleh disaksikan di laman web http://www.indiatales.com/.
Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Februari lalu.
Filem ini telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatatkan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.314 juta untuk hasil jualan tiket sahaja.
Ini telah menaikkan lagi penjualan barangan cenderahati dan telah berjaya menarik TM-salah sebuah rangkaian telekomunikasi terkemuka untuk menjadi penaja utama siri ini.

Bekalan antiviral H1N1 mencukupi
24/08/2009 5:50pm
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekalan ubat antiviral untuk rawatan Influenza A (H1N1) adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta, kata Naib Presiden Pertubuhan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) Leonard Ariff Abdul Shatar.
Beliau berkata, bekalan ubatan antiviral itu termasuk antiviral Tamiflu yang sering digunakan untuk merawat influenza itu juga mencukupi.
“Kami rasa tidak akan berlaku kekurangan, saya rasa bekalan pengeluar tempatan dan bekalan stok kerajaan adalah mencukupi untuk merawat pesakit di negara ini,” katanya di sini hari ini.
Terdapat tiga syarikat yang membekalkan antiviral Tamilflu bagi menampung keperluan pasaran tempatan iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan Ranbaxy (M) Sdn Bhd.
Mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk menangani penularan wabak itu, Leonard Ariff berkata beliau amat berpuas hati kerana kerajaan sudah bersedia lebih awal termasuk mengadakan stok bekalan antiviral sejak tiga tahun lepas. -Bernama

Selamat Menduduki Peperiksaan PTK
Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan PTK kepada Semua Warga SMK Dangi yang akan menghadapi peperiksaan PTK pada bulan Ogos ini. Semoga semua berjaya dengan Cemerlang.
SEMBAHYANG TARAWIH
Solat Sunat Tarawih
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian dari siri berkaitanIslam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · NabiHari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · PuasaZakat · Haji
Kota Suci
Makkah · MadinahBaitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.wAhlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah WaljamaahHanafi · SyafieMaliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanakDemografi · PerayaanMasjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · Politik
Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.
Isi kandungan
1 Latar Belakang
2 Dalil
3 Hukum
4 Cara Solat Tarawih
5 Bilangan Rakaat
6 Kelebihan Sembahyang Tarawih
7 Pautan luar
Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA
TAHUN 1430 H / 2009 M
BAGI NEGERI SEMBILAN
ZON II : SEREMBAN, PORT DICKSON, KUALA PILAH, REMBAU DAN JELEBU
RAMADHAN 1430 H
OGOS/SEPTEMBER 2009 M
HARI HIJRIAH MILADIAH WAKTU IMSAK WAKTU BERBUKA
SABTU *1 22 Ogos 5.42 pagi 7.22 malam
AHAD 2 23 5.42 pagi 7.21 malam
ISNIN 3 24 5.42 pagi 7.21 malam
SELASA 4 25 5.42 pagi 7.21 malam
RABU 5 26 5.42 pagi 7.20 malam
KHAMIS 6 27 5.42 pagi 7.20 malam
JUMAAT 7 28 5.41 pagi 7.20 malam
SABTU 8 29 5.41 pagi 7.19 malam
AHAD 9 30 5.41 pagi 7.19 malam
ISNIN 10 31 5.41 pagi 7.19 malam
SELASA 11 1 September 5.41 pagi 7.18 malam
RABU 12 2 5.41 pagi 7.18 malam
KHAMIS 13 3 5.40 pagi 7.17 malam
JUMAAT 14 4 5.40 pagi 7.17 malam
SABTU 15 5 5.40 pagi 7.17 malam
AHAD 16 6 5.40 pagi 7.16 malam
ISNIN 17 7 5.40 pagi 7.16 malam
SELASA 18 8 5.39 pagi 7.15 malam
RABU 19 9 5.39 pagi 7.15 malam
KHAMIS 20 10 5.39 pagi 7.15 malam
JUMAAT 21 11 5.39 pagi 7.14 malam
SABTU 22 12 5.39 pagi 7.14 malam
AHAD 23 13 5.38 pagi 7.13 malam
ISNIN 24 14 5.38 pagi 7.13 malam
SELASA 25 15 5.38 pagi 7.12 malam
RABU 26 16 5.38 pagi 7.12 malam
KHAMIS 27 17 5.37 pagi 7.12 malam
JUMAAT 28 18 5.37 pagi 7.11 malam
SABTU **29 19 5.37 pagi 7.11 malam

* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Malaysia
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak
Sunday, August 23, 2009
Soal jawab H1N1
Apa itu H1N1 (selesema babi)?
IA merupakan virus influenza baru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. Virus baru ini pertama kali dikesan pada manusia di Amerika Syarikat pada April 2009. Virus ini merebak daripada individu kepada individu lain di seluruh dunia seakan sama cara penyebaran virus influenza bermusim yang lain.
Pada 11 Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa wabak atau pandemik H1N1 sedang merebak.
Kenapa H1N1 kadang kala dipanggil selesema babi?
Virus ini asalnya dirujuk sebagai selesema babi kerana ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan gen dalam virus baru ini amat sama dengan virus influenza yang biasanya terdapat pada babi di Amerika Utara.
Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa virus baru ini amat berbeza daripada yang biasanya tersebar pada babi di wilayah tersebut.
Ia mempunyai dua gen daripada virus selesema yang biasanya tersebar dalam babi di Eropah dan Asia dan gen burung dan gen manusia. Ahli sains memanggil ini sebagai virus quadruple reassortant.
Adakah virus H1N1 berjangkit?
Pusat kawalan penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengenalpasti bahawa virus H1N1 berjangkit dan merebak dari manusia kepada manusia.
Bagaimana virus H1N1 merebak?
Virus H1N1 dipercayai merebak sama seperti cara selesema bermusim merebak. Virus selesema lazimnya merebak daripada seorang ke seorang melalui batuk atau bersin. Kadangkala orang ramai mungkin dijangkiti melalui sentuhan - seperti sentuhan pada permukaan atau objek tertentu - yang terdapat virus tersebut dan kemudian menyentuh hidung atau mulut.
Apakah tanda-tanda dan simptom orang yang dijangkiti virus?
Simptom bagi virus selesema H1N1 pada manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit badan, pening, seram sejuk dan letih. Sejumlah besar orang yang dijangkiti penyakit ini juga dilaporkan mengalami diarea (cirit birit). Kes kematian disebabkan virus ini juga semakin membimbangkan.
Berapa lama orang yang telah dijangkiti virus ini merebakkan kepada orang lain?
Individu yang dijangkiti dengan virus selesema bermusim dan H1N1 mungkin boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum dia jatuh sakit hingga 5 ke 7 hari selepas itu. Tempoh ini boleh menjadi lebih lama bagi sesetengah orang terutama kanak-kanak dan individu yang sistem imunisasinya lemah.
Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dari daripada jatuh sakit?
Setakat ini tidak ada vaksin untuk melindungi diri daripada virus H1N1. Bagaimanapun vaksin tersebut sedang dalam proses pengeluaran dan mungkin sudah boleh diperoleh oleh orang awam tidak lama lagi. Namun seperti kebiasaan, vaksin hanya mampu melindungi daripada influenza bermusim.
Terdapat langkah rutin yang boleh membantu mengelak merebaknya virus yang menyebabkan masalah pernafasan seperti influenza. Antaranya, tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut dalam tong sampah selepas digunakan.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Pembersih seperti gel atau tisu lembap berasaskan alkohol juga efektif.
Elak daripada menyentuh mata, mulut atau hidung. Kuman mudah merebak cara itu.
Cuba elak daripada bersentuhan dengan orang yang sakit. Jika anda jatuh sakit dan mempunyai simptom seperti dijangkiti selesema, disarankan terus berada di rumah sehinggalah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.
Seboleh mungkin jauhi diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit.
Langkah-langkah penting lain yang boleh anda ambil:
Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan termasuk berkenaan penutupan sekolah, elak berada di tempat ramai orang dan jauhi diri daripada kegiatan sosial lain.
Bersiap sedia jika secara tiba-tiba anda sakit dan perlu berkurung dalam rumah sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menyiapkan bekalan ubat-ubatan, tisu, pembersih tangan berasaskan alkohol dan barang-barang lain yang berkaitan dan berguna. Ini bagi mengelak anda terpaksa keluar rumah ketika sakit.
Jika saya mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti virus H1N1, perlukah saya pergi berkerja?
Pekerja yang sihat tetapi mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti H1N1 boleh datang kerja seperti biasa. Tetapi kesihatan pekerja ini perlu dipantau setiap hari dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas mereka batuk dan bersin.
Jika mereka jatuh sakit mereka harus memberitahu majikan dan tinggal di rumah.
Pekerja yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan atau sedang hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing kerana mereka mungkin perlu mengambil ubat antiviral bagi mengelak jatuh sakit.
Apa teknik terbaik untuk mencuci tangan bagi mengelak selesema?
Kerap mencuci tangan akan membantu mengelak daripada kuman. Cuci dengan sabun dan air atau pembersih tangan berasaskan alkohol.
Disarankan mencuci tangan - dengan sabun dan air suam - selama 15 hingga 20 saat. Jika tidak ada air atau sabun tisu basah pakai buang berasaskan alkohol atau gel sanitizers juga boleh digunakan.
Apa yang perlu dilakukan jika saya jatuh sakit?
Jika anda tinggal di kawasan di mana terdapat individu yang telah dikenal-pasti dijangkiti selesema H1N1 dan jatuh sakit dengan simptom-simptom seperti demam, sengal badan, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, loya atau muntah, diarea dan sebagainya anda harus berada dalam rumah dan elak daripada bersentuhan dengan orang lain.
Disarankan agar terus berada di rumah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.
Jauhkan diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit. Berada dalam rumah bermakna anda tidak harus keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ini juga termasuk mengelak aktiviti biasa seperti bekerja, ke sekolah, melancong, membeli-belah, menghadiri majlis sosial dan berhimpun di tempat awam.
Jika sakit semakin teruk atau anda berhadapan risiko tinggi menghidap komplikasi selesema dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tanda-tanda amaran untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan:
Bagi kanak-kanak
- Nafas laju atau sukar bernafas.
- Warna kulit kebiruan atau pucat.
- Tidak mahu minum atau tidak cukup minum.
- Muntah berterusan.
- Anak tidur berterusan atau tidak berinteraksi (penurunan kesedaran).
- Anak menjadi sangat cerewet dan tidak mahu didukung.
- Gejala selesema seperti semakin pulih tetapi kemudian kembali lagi dengan demam dan batuk lebih terus.
Bagi orang dewasa
- Sukar bernafas atau nafas pendek-pendek.
- Berasa sakit atau tekanan pada dada atau perut.
- Pening secara tiba-tiba.
- Seperti orang bingung.
- Muntah yang teruk dan berterusan.
- Gejala selesema seakan pulih tetapi kembali semula dengan demam dan batuk yang teruk.
Berapa lama virus influenza boleh terus hidup pada sesuatu objek (seperti buku atau tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh hidup pada sesuatu permukaan terdedah dan masih boleh menjangkiti orang lain dua hingga lapan jam selepas berada di situ.
Apa yang boleh membunuh virus influenza ?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan suhu panas (75-100°Celcius). Selain itu, beberapa jenis kimia pembunuh kuman termasuk chlorine, hydrogen peroxide, detergents (sabun ), iodophors (antiseptik berasaskan iodin) dan alkohol juga berkesan jika digunakan dengan betul.
Sebagai contoh, tisu atau gel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel tersebut harus digosok pada tangan hingga ia kering.

Ibu segala pandemik
KESEMUA pandemik Influenza A sejak itu (pandemik Spanish flu), dan hampir semua kes Influenza A di seluruh dunia (kecuali jangkitan virus unggas seperti H5N1 dan H7N7 pada manusia) berpunca daripada waris keturunan virus pada 1918 tersebut.
"Ini termasuk (variasi) virus H1N1 baru dan juga virus H2N2 dan H3N2 yang mengalami penyusunan semula genetik!"
Itu merupakan telahan Dr. Jeffery K. Taubenberger pada 2006, dalam rencananya kepada Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat bertajuk 'Influenza 1918: Ibu Segala Pandemik'.
Ini mungkin sukar difahami sesetengah pembaca. Asasnya, Dr. Taubenberger menceritakan bagaimana maklumat terbaru menunjukkan hampir kesemua variasi virus Influenza A merupakan pewaris kepada virus Influenza A H1N1 yang membunuh antara 50 hingga 100 juta penduduk dunia sekitar tahun 1918 dan 1919. Bermacam variasi virus Influenza A muncul selepas tahun 1919, termasuklah variasi terbaru (2009) yang sama namanya, Influenza A H1N1.
Dibandingkan antara virus Influenza A H1N1 pada 1918 dengan virus-virus Influenza kini, Dr. Taubenberger mendapati hanya terdapat perubahan kecil kepada susunan genetiknya.
Daripada 4,400 rantaian asid amino (binaan genetik) pada H1N1 tahun 1918, hanya 25 hingga 30 asid amino sahaja yang berbeza. Perbezaan kecil ini sudah cukup untuk mengubah satu virus unggas (burung) menjadi pembunuh yang mudah merebak antara manusia.
H1N1 yang bermula pada 1918 secara misteri, juga hilang secara misteri pada 1919. Selepas 90 tahun, evolusi virus Influenza A H1N1 telah menghasilkan bermacam variasi yang dinamakan mengikut struktur protein di permukaan kapsul virus, iaitu hemaglutinin (H) dan neuraminidase (N). Ciri H dan N ini juga menentukan tahap bahaya variasi virus tersebut. Dari 16 jenis protein H dan sembilan protein N, hanya H1, 2, 3 serta N1 dan 2 yang biasa ditemui pada virus yang menyerang manusia.
Dengan mengenali gen tertentu pada variasi baru virus, tahap ancamannya kepada manusia dapat dianggarkan sebelum wabak bermula. Ramalan ancaman bagaimanapun hanya dapat dibuat jika variasi baru virus Influenza A dilaporkan dengan segera. Kemunculan H1N1 pada April 2009 di Mexico bagaimanapun dilaporkan agak lewat, di ketika virus tersebut sudah pantas merebak.
Vaksin menjadi kaedah perlindungan pilihan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas, serta penghidap penyakit kronik. Bagaimanapun, keupayaan mutasi Influenza A yang tinggi bermakna vaksin yang sama mungkin tidak berkesan untuk jangka panjang dan perlu diformulasi semula mengikut perubahan virus.
Masa enam bulan diperlukan untuk menghasil dan mengedarkan vaksin kepada semua yang memerlukannya. Untuk virus H1N1 terbaru ini, vaksin dijangka hanya dapat diedarkan di penghujung 2009 dengan keutamaan kepada kakitangan kesihatan dan kumpulan berisiko tinggi.
Kaedah kawalan lain seperti penutupan sekolah dan tempat tumpuan awam semasa menghadapi pandemik-pandemik sebelum ini dilihat dapat memperlahankan penularan virus tetapi tidak memberi kesan kepada kadar kematian. Masalah yang dihadapi dengan tindakan penutupan sekolah dan tempat kerja adalah pergerakan individu dijangkiti ke tempat tumpuan umum yang lain, sedangkan mereka sepatutnya mengasingkan diri di rumah masing-masing.
Ketibaan Ramadan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Melihat kepada kadar peningkatan beratus-ratus kes setiap hari, cara penyebaran virus di hospital, pusat membeli belah mahupun di bazar Ramadan perlu dikawal dengan ketat oleh semua pihak.
Tidak perlu menghentikan terus aktiviti harian! Namun, mereka yang mempunyai walau sedikit gejala penyakit seakan-Influenza perlu mengasingkan diri dari tempat tumpuan umum. Bukan hanya orang ramai, pekerja dan terutamanya peniaga, perlu mengelakkan hubungan terus dengan umum jika berkemungkinan menghidap selesema.
Ingatlah bahawa virus Influenza A mempunyai kemampuan mutasi yang tinggi. Ini bermakna ancaman kesihatan mungkin jauh lebih dahsyat kelak, terutamanya ketika sesetengah saintis khuatir kemungkinan gabungan H1N1 dengan virus selesema burung (H5N1).
Jika kedua-dua virus itu bergabung, kemungkinan akan muncul satu virus baru yang mudah merebak seperti H1N1 dan keupayaan membunuh lebih tinggi seperti H5N1.
Jumlah kematian yang tinggi antara 1918 dan 1919 mungkin akibat tiadanya vaksin dan antiviral serta kurangnya keupayaan mengawal komplikasi yang timbul.
Walaupun kita jauh lebih bersedia menghadapi virus H1N1 terbaru ini, perlu diingat bahawa kematian tetap boleh berlaku jika badan pesakit terlalu lemah untuk menentang jangkitan.
Oleh itu, perkara utama adalah untuk memastikan diri dan keluarga anda terlindung daripada jangkitan mana-mana waris Influenza A H1N1, melalui sebarang dan semua kaedah pencegahan yang ada.

'Kena pakai topeng'
KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1). Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu. Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.
Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar. Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556 kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1. Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.
Daripada 40 kes yang dirawat di ICU, 25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3), mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1). Tun Dr Mahathir berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan. "Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topeng penutup hidung dan mulut. Katanya, kemelesetan ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.
"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang. "Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam. Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan.

RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 2
Bakat kreativiti pelajar mencipta roket
Menyemai bakat kreativiti pelajar sekolah dalam bidang sains bukan satu perkara mudah.Apatah lagi bidang sains tersebut agak rumit, bersifat terlalu teknikal dan memerlukan formula dan hukum sains. Namun bagi peserta Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket yang dianjurkan baru-baru ini, mereka mereka berjaya membuktikan sebaliknya, malah menyerlahkan bakat sains yang menakjubkan.

Program anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya sebagai salah satu aktiviti merentas kurikulum sekolah setiap tahun. Pertandingan tersebut terbuka kepada pelajar-pelajar berumur antara 12 dan 16 tahun di semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan di seluruh negara.Program tersebut yang memasuki tahun ketujuh sejak ia mula dilaksanakan sebagai projek perintis pada tahun 2003.
Pada mulanya, projek perintis tersebut hanya melibatkan peserta-peserta sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor) sahaja tetapi kini dibuka ke seluruh negara. Menerusi pertandingan tersebut, pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dan tekanan udara agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang tinggi.
Seterusnya roket air itu akan dilancarkan ke udara dengan menggunakan alat pelancar. Pertandingan ini menguji kemahiran dan pemahaman pelajar dalam aplikasi sains dan diterjemahkan dalam penghasilan roket air.
Pada pertandingan akhir ini baru-baru ini , sebanyak 30 buah sekolah dari seluruh negara akan bersaing merebut Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama beberapa piala iringan untuk empat kategori pertandingan. Kategori-kategori tersebut ialah reka bentuk roket air terbaik, sasaran terbaik (best target), payung terjun terbaik (best parachute) dan payload terbaik (best payload).
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusoff berkata, pada masa akan datang, penganjur digalakkan mengadakan pertandingan mereka cipta teknologi dorongan roket atau bahan apinya selain kategori sedia ada. Beliau berkata, amat penting bagi memupuk minat pelajar dalam teknologi tersebut bagi mencungkil bakat supaya mereka dapat menjadi saintis bidang tersebut. Ini kerana negara memerlukan teknologi pelancar roket selain menghasilkan roket sendiri.
''Aktiviti teknikal seperti pertandingan pelancaran roket ini amat sesuai bagi membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam teori fizik dan matematik yang dipelajari di sekolah dan menterjemahkannya dalam bentuk aktiviti mencabar,'' ujarnya.
Pandangan beliau disokong oleh pensyarah matematik Universiti Malaya (UM) , Prof Dr. Mohd. Sahar Yahya, bahawa pelancaran roket tidak semestinya mengambil kira aspek kelajuan tetapi juga menggunakan kepintaran fizik dan penggunaan sudut yang sesuai.''Kita juga mahu pelajar supaya tahu aspek keselamatan, reka bentuk dan bahan apinya,'' kata beliau.
Pertandingan pada tahun ini turut mendapat sokongan dan penajaan dari syarikat-syarikat swasta. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket diadakan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
- Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
- Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
- Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka;
- Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.
Juara keseluruhan bagi tahun 2009 akan mewakili Malaysia ke Asia-Pacific Space Regional Forum atau lebih dikenali APRSAF kali ke-16 dan akan diadakan di Phuket, Thailand pada Januari tahun depan.

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI 3
Soalan: Pada bulan puasa, ramai yang datang masjid awal pada Jumaat. Sayangnya, ada di kalangan mereka bukan beribadat tetapi memenuhi masa dengan tidur. Bagaimana seharusnya kita memanfaatkan masa yang berharga ini?
Jawapan: Dalam hal ini, elok kita hayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Keadaan mereka yang datang awal ke masjid tetapi tidak dimanfaatkan dengan ibadat sunat termasuk baca al-Quran bolehlah kita kategorikan sebagai golongan yang lalai. Apabila kita menganggap bahawa kehidupan kita masih lagi panjang, kita tidak merasai perlunya menjadikan Ramadan yang kita temui itu sebagai yang terbaik. Persoalannya, tahukah kita bila kita akan mati. Sebab itu, kita perlu ada semangat dan tanamkan azam bahawa Ramadan kali ini adalah yang terakhir. Lalu, peluang ini perlu direbut dan diisi dengan segala ibadat yang termampu. Jika kita sampai awal di masjid, sepatutnya kita ambil kesempatan untuk solat sunat kemudian membaca al-Quran dan berzikir. Jangan pula datang awal lebih-lebih lagi di masjid yang ada penghawa dingin kemudian terus tidur. Sepatutnya, setelah sekian lama kita berpuasa iaitu sejak akil baligh, semakin baik dan berkualiti puasa dan amalan kita di bulan Ramadan. Malah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Siapa yang berpuasa ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim) Maka, selepas kita mencapai tahap ini barulah bertepatan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu kembali kepada fitrah (diampunkan dosa). Maka, ketika itu kita ibarat kain putih bersih dan perlu membuka lembaran baru hidup dengan penuh ketakwaan.Untuk merancakkan sambutan puasa, elok juga kita budayakan amalan mengucap 'Selamat Menyambut Ramadan' kepada rakan-rakan kita. Sebabnya, Ramadan itu penuh dengan keberkatan yang perlu kita ambil peluang memanfaatkannya melalui pelbagai perlakuan ibadat yang disyariatkan. Lagipun, belum tentu kita diberi kesempatan bertemu dengannya pada tahun hadapan.

Saturday, August 22, 2009
'TAMIFLU' Boleh Membantu Tetapi Pencegahan Lebih Baik
Berikutan penularan wabak H1N1 (selesema babi atau influenza A), yang sehingga petang 20 Ogos mengakibatkan 68 kematian dalam negara, ramai yang tertanya-tanya masihkah tiada ubat untuk menentang penyakit ini?
Tiba-tiba rakyat Malaysia mula bercakap tentang sejenis antiviral yang dikenali sebagai 'Tamiflu' sebagai pencetus harapan untuk menyembuhkan mereka yang dijangkiti.
Apa itu antiviral? Antiviral ialah sejenis ubat yang melawan virus dan bagi Tamiflu ia memerangi virus influenza (selesema).
BUKAN PENYEMBUH
"Tamiflu boleh memendekkan jangka masa serangan selesema, membuatkan ia tidak begitu teruk. Tetapi ia bukan penyembuh kerana tidak ada ubat untuk selesema.
"Antiviral Tamiflu hanya boleh membantu meredakan (demam selesema). Apabila pesakit diberikan Tamiflu, ini membantu mereka agar selesema tidak menjadi semakin teruk," kata seorang pensyarah penyakit respiratori (yang enggan namanya disiarkan).
Menurut beliau, Tamiflu menghalang virus selesema 'yang cuba merebak atau menular dari satu sel ke satu sel yang lain dalam badan manusia'. Kesannya ialah menyekat penularan virus selesema dalam badan manusia itu sendiri," Pendapat beliau dikuatkan dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahawa masih belum ada vaksin yang betul-betul efektif terhadap virus yang pandemik (merebak luar kawalan).
VAKSIN DAN ANTIVIRAL
Vaksin dan antiviral adalah berbeza.
Menurut Kementerian Kesihatan, antiviral Tamiflu atau Oseltamivir (nama generik bagi Tamiflu) diambil secara oral.
Terdapat satu lagi jenis antiviral iaitu Relenza atau Zanamivir, yang diambil secara sedutan dan kedua-duanya kini digunakan untuk merawat jangkitan selesema babi dan ia bukan vaksin.
Vaksin untuk kes H1N1 masih belum ada.
WHO sememangnya menasihatkan setiap orang dewasa dan kanak-kanak yang demam teruk dijangkiti virus H1N1 diberikan antiviral seperti Tamiflu.
Ia juga perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi demam selesema.
"Mereka yang sihat atau mempunyai tanda selesema yang ringan tidak perlu diberi Tamiflu," menurut WHO dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Dipetik dan diubahsuai daripada petikan 'TAMIFLU' Boleh Membantu Tapi Pencegahan Lebih Baik, Oleh Zulkiple Ibrahim. 18/8/2009-BERNAMA

Friday, August 21, 2009
RAMADHAN COUNTDOWN - 1 HARI LAGI
Persiapan mendapat berkat Ramadan
BAGAIKAN menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di pelusuk dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah mengajar sahabat doa: “Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan.”
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap:
- Tahap terbaik (khusus al-khusus) - Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.
- Khusus - Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.
- Umum - Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.
Antara punca yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam hari ini masih berada pada tahap kedua dan ketiga disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama walaupun menyedari sedang berpuasa. Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu” (riwayat Muslim).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARIPADA WARGA SMK DANGI
Dangi, 21 Ogos - Guru PK HEM, Tn. Hj. Mohd Nasir mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada para pelajar Islam SMK Dangi. Beliau juga mengingatkan, cuti pertengahan penggal 2 akan bermula pada 22 Ogos hingga 31 Ogos 2009. Hari persekolahan akan bermula kembali pada 1 September 2009.

Thursday, August 20, 2009
Pencapaian atlet paralimpik amat membanggakan
KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN V (KL'09) secara rasmi melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Thailand menerusi pungutan pingat sebanyak 94 emas, 81 perak dan 71 gangsa. Keputusan baik tersebut membolehkan Malaysia mengatasi persaingan hebat yang dipersembahkan oleh kontinjen paralimpik Vietnam yang berjaya mengumpul 73 emas, 57 perak dan 45 gangsa. Thailand mengekalkan kejuaraan yang dicapai ketika di Korat, dua tahun lalu apabila mengumpul 157 emas, 75 perak dan 57 gangsa.
KL'09 merupakan kejohanan Sukan Para ASEAN kali kedua yang dianjurkan oleh Malaysia, setelah menganjurkannya pada 2001. Apa yang lebih manis pada kejohanan KL'09, Malaysia berjaya menambah bilangan emas kepada 94 pingat, berbanding 82 di Korat walaupun acara berkurangan.
Chef-de-Mission Malaysia, Datuk Fathul Razi Bakri berkata, pencapaian kontinjen paralimpik negara pada persaingan kali ini adalah sangat memuaskan. Katanya, dua kejayaan bermakna telah dihasilkan oleh Malaysia di negara sendiri iaitu mempertahankan kedudukan di tempat kedua dan menambah bilangan pingat emas.
"Saya berasa sangat puas hati dengan pencapaian baik ini. Malaysia masih berjaya mengekalkan kedudukan kedua terbaik seperti yang dicatatkan di Korat, Thailand meskipun mendapat tentangan sengit dari beberapa buah negara lain, terutamanya Vietnam.
"KL'09 menyaksikan Malaysia memungut 94 emas, mengatasi catatan 82 emas di Thailand, dua tahun lalu. Malah keputusan ini sememangnya cukup bagus kerana jumlah acara sukan yang dipertandingkan adalah lebih sikit berbanding di Thailand.
"Ia sekali gus menunjukkan petanda bahawa atlet paralimpik negara boleh terus bersinar untuk saingan Sukan Para Asia 2010 dan Sukan Paralimpik 2012," katanya.

H1N1 cecah 1,800 kematian
20/08/2009 3:09am
GENEVA 20 Ogos - Angka kematian akibat jangkitan selesema babi meningkat kepada 1,799 orang sejak virus baru itu ditemui pada April lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO) semalam.
Jumlah keseluruhan kematian diumumkan oleh WHO dalam laman web mereka.
Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah negara-negara yang melaporkan kematian buat pertama kali, kata WHO selain menyebut bahawa pandemik influenza A itu telah merebak sehingga ke 170 buah negara.
Kematian terbesar dilaporkan di utara dan selatan Amerika dengan 1,579 kematian diikuti dengan rantau Asia Tenggara dengan 106 kematian manakala di Eropah mencatatkan 53 kematian. - AFP

Wednesday, August 19, 2009
TAZKIRAH RAMADHAN SIRI 2
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!
Kelebihan Ramadan
Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari".
Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya. Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga." Menurut pendapat cendekiawan Islam, sabar boleh dibahagi kepada tiga:
- Pertama: Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
- Kedua: Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
- Ketiga: Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.
Kesemua jenis sabar ini terangkum di dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa. Ramadan juga adalah bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. Abu Bakar ibn Abi Maryam r.a berkata daripada sheikh-sheikhnya, bahawa mereka berkata: "Apabila tiba bulan Ramadan, maka hendaklah kamu meluaskan nafkah pada bulan tersebut, kerana memberi nafkah pada bulan tersebut digandakan pahalanya seperti memberi nafkah pada jalan Allah dan sekali bertasbih pada bulan tersebut lebih afdal daripada seribu tasbih pada bulan yang lain. Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadan lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain".
Ramadan adalah bulan yang digandakan segala amal kebaikan. Allah SWT menggandakan ganjaran amalan berpuasa melebihi amalan-amalan yang lain. Maka berpuasa di bulan Ramadan sudah tentu menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding puasa pada bulan lain. Inilah antara kesan kemuliaan bulan Ramadan dan puasa Ramadan yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya. Ibadah puasa merupakan suatu kefardhuan yang jami', (komprehensif dan merangkumi ibadah-ibadah yang lain) dan ibadah yang kamil (sempurna dan lengkap) kerana melalui puasa seseoraang mampu mengenal kemanisan iman dan ihsan. Intipatinya ialah hati dan roh. Tujuannya supaya orang yang berpuasa dapat menghayati dan merasai kehidupan golongan soleh yang telah berjaya menyucikan jiwa dan raga, orang-orang yang luhur dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, tidak melakukan kefasiqan, perbalahan, kemaksiatan zahir dan batin.
Ibadah puasa juga merupakan suatu amalan simbolik, menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya. Lantaran itu, orang yang berpuasa diberi keistimewaan Allah SWT memilih dari senarai carta ibadah-ibadah yang lain untuk disimpan di dalam perbendaharaannya sebagai jaminan untuk dipersilakan masuk ke syurga dan layak bertemu dengan-Nya. Rasulullah SAW mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: "Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya"

RAMADHAN COUNTDOWN - 3 HARI LAGI
Usahakan Ramadan yang terbaik
Soalan: Bagaimana puasa menjadikan kita bertakwa?
Jawapan: Dalam surah al-Baqarah ayat 183 itu telah dijelaskan bahawa puasa itu bukan hanya diperintahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya, perintah berpuasa yang menjadi ibadat asas itu sudah ada kepada umat-umat nabi terdahulu. Tujuan puasa itu adalah menjadikan kita bertakwa. Tetapi bagi mencapai tahap takwa itu Allah telah gariskan bahawa ia memerlukan kepada iman dan amal soleh. Maknanya, apabila seseorang itu beriman pasti dia akan beramal soleh dan barulah dia akan mencapai kejayaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang yang berjaya. (al-Baqarah: 5) Sebab itu, dalam berpuasa misalnya, untuk menjadikan kita bertakwa, hendaklah kita mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, menjauhi segala perkara yang bukan sahaja membatalkan puasa tetapi juga yang mengurangkan pahala berpuasa. Jika kita mahu memartabatkan agama, kita perlu cemerlang di dunia dan akhirat. Kalau kita tidak cemerlang, Islam pun tidak hebat. Sebabnya di dalam Islam, konsep cemerlang bagi orang beriman itu merangkumi di dunia dan akhirat. Kita tidak mahu umat Islam hanya hebat dan cemerlang di dunia sahaja.
Soalan: Ada yang suka sambut Ramadan tetapi ramai juga yang 'tidak suka'. Apakah sikap yang sepatutnya bagi umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadan?
Jawapan: Kita yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah meyakini kepada konsep usaha dan tawakal. Maknanya, kita perlu berusaha dan berikhtiar bagi mencapai sesuatu perkara yang baik itu. Kalau nak sihat, kita kena usaha dengan menjaga kesihatan. Kalau nak maju dalam kerjaya, kita kena usaha seperti melakukan tugas dengan efisien, menepati batas waktu yang ditetapkan dan sebagainya. Demikian juga dengan rohani. Jika kita nak rohani atau jiwa kita itu baik, tidak boleh tidak kita mesti memulakan usaha ke arah itu. Indahnya Islam ini, Allah telah menolong kita mencapainya dengan menetapkan perintah solat dan puasa. Apa yang perlu kita buat adalah laksanakan sahaja perintah itu. Puasa itu memang ada kesusahan dan rintangannya tetapi kejayaan bagi mereka yang berpuasa dengan ikhlas itu adalah dijamin oleh Allah. Bukannya manusia yang jamin. Dari segi fizikal pun, para doktor akui bahawa puasa itu baik untuk kesihatan. Ia sebagaimana kata hikmah yang berbunyi: "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat". Buat apa banyak duit kalau tidak sihat. Ibadat puasa ini sebenarnya memberi kekuatan bagi kecapi untuk kecapi nikmat hidup di dunia.
Soalan: Ada umat Islam yang puasa tetapi masih tidak solat, tidak tutup aurat atau masih terus melakukan maksiat. Apa status puasa golongan begini?
Jawapan: Seperti yang disebutkan tadi, puasa itu adalah ibadat yang digandingkan di dalamnya iman dan amal soleh. Orang beriman, sedar bahawa puasa itu adalah perintah Allah. Justeru akan dilaksanakan dengan penuh taat di samping merasai status diri sebagai hamba Allah. Ini mungkin juga akibat kekeliruan umat Islam dari sudut status amalan antara ibadat dan adat. Apabila keliru, mungkin ada sebahagian umat Islam yang beranggapan bahawa puasa itu hanyalah adat. Bagi mereka yang tahu bahawa puasa itu ibadat, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki prestasi. Sebabnya, Allah akan menilai puasa hamba-Nya. Rasulullah SAW mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: "Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya". Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan amalan dengannya maka tiadalah bagi Allah berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya. (riwayat Bukhari) Ada juga sebahagian kita yang tersilap dalam meletakkan aulawiyat (keutamaan). Puasa adalah fardu ain maka sudah sewajarnya ia diberi keutamaan berbanding amalan sunat yang lain.
Soalan: Bagaimana mencapai tahap puasa khawasil khawas (puasa paling khas)?
Jawapan: Puasa itu pun ada tahap-tahapnya. Yang paling rendah ialah puasa orang awam. Puasa begini hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Tingkatan kedua adalah puasa orang khas. Puasa di sini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya. Tingkatan tertinggi ialah puasa paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada Allah. Inilah tingkatan puasa yang sepatutnya cuba dicapai oleh setiap Muslim. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai. Maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap dengan perkara yang keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. (riwayat Bukhari)

RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 1
Zulkifli Haron cipta motor terbang
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Saban tahun pasti ada saja rekaan terbarunya yang menggemparkan. Siapa yang tidak kenal dengan McGyver Malaysia ini yang banyak membantu orang kurang upaya (OKU), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), warga emas dan banyak lagi.
Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar, kini ikon reka cipta yang telah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia kreativiti dan inovasi, Zulkifli Haron bakal muncul dengan rekaan hebat yang menggemparkan masyarakat.
Apa yang bakal dihasilkan mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesiapa atau mungkin ada yang mengatakan kerja gila.
Jika dulu beliau bermula dengan rekaan kereta berjalan tanpa pemandu dan kenderaan boleh parkir sendiri yang dikatakan idea gila suatu masa dulu.
Tetapi kini, idea dan ciptaan Zulkifli mula dilihat pada kereta-kereta import dan mewah.
Sehinggakan kedainya di Rawang, Selangor penuh dengan kuih muih menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda terima kasih atas bantuannya memudahkan pengeluaran kuih tradisional.
Biarpun penuh dengan cabaran, galakan dan cemuhan, idea Zulkifli terus berputik dan berbunga dengan rekaan yang lebih sukar diterima akal.
"Kali ini saya sedang dalam usaha mencipta satu kenderaan iaitu motor terbang atau nama komersialnya Motobunn.
''Walaupun Motobunn yang masih dalam peringkat kajian satu protaip berjaya dihasilkan," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Rawang, Selangor.
Zulkifli berkata, idea mencipta Motobunn timbul ekoran beliau mahukan sesuatu yang baru dalam rekaannya.
"Jadi saya inginkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa tetapi boleh dilakukan," tegas beliau.
Zulkifli berkata, sebagai pereka yang dikenali ramai beliau sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diketengahkan.
Motobunn yang direka bukan tujuan untuk pengangkutan tetapi lebih kepada tujuan keselamatan dan menyelamat semasa berlakunya bencana.
"Kenderaan ini boleh digunakan semasa banjir, kebakaran di atas bangunan, runtuhan bangunan, kapal terbang atau helikopter terhempas di kawasan sempit dan kerja menyelamat serta pemantauan di kawasan kecil.
"Penggunaan Motobunn amat berguna bagi pemantauan di kawasan kecil kerana tidak memerlukan kawasan pendaratan yang besar seperti helikopter," katanya.
Buat masa ini, bagi tujuan kajian, Motobunn menggunakan tenaga elektrik dan pada masa hadapan menggunakan bateri titanium ion yang lebih ringan dan berkuasa.
Motobunn menggunakan konsep graviti sama seperti payung terjun tetapi mempunyai dua buah motor enjin berkelajuan tinggi.
Buat masa ini beliau telah berjaya menghasilkan Motobunn dengan berat 30 kilogram (kg) dengan daya tujahan sehingga 120 kg.
"Saya akan cuba mengurangkan berat motor sehingga 25 kg bagi membolehkan pengguna membawa muatan ringan seperti kamera atau alatan penyelamat.
"Motobunn dibina untuk membawa penumpang dengan berat purata rakyat Malaysia iaitu 45 hingga 55 kg bagi tujuan bantuan menyelamat seperti memberikan tali kepada mangsa," katanya.
Walaupun masih dalam pembinaan, Zulkifli amat memerlukan komen orang ramai mengenai Motobunn yang sedang dibangunkan.
"Saya amat memerlukan maklum balas dan kritikan orang ramai bagi memperbaiki rekaan-rekaan saya," katanya yang tidak lokek ilmu.
Operasi Zull Design mendapat dana daripada pelbagai agensi selain menggunakan 40 peratus hasil perniagaan untuk meluaskan lagi ciptaannya.
Sesiapa yang berhasrat memberikan komen, kritikan atau maklum balas mengenai rekaan Zulkifli boleh menghantarnya ke mail@zulldesign.com.my. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Zull Design di laman web http://www.zulldesign.com.my/

Subscribe to:
Posts (Atom)